Pilihan raya Negeri Sarawak: DAP selangkah di depan

  Abdul Aziz Isa, nama yang semakin kerap disebut-sebut dalam forum politik di Sarawak. Anak muda berumur 26 tahun itu merupakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak. Aziz juga merupakan yang pertama dalam keluarganya yang tidak menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Aziz yang turut berkhidmat sebagai penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong meluangkan masa berkongsi pandangannya […]

YaPEIM: JPM perguna institusi agama ‘halalkan’ seleweng dana

KUALA LUMPUR 12 NOV: Pendedahan mengenai penyelewengan dana institusi agama termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), bukan pertama kali berlaku di negara ini, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. Beliau berkata ia mengingatkan kembali kepada penggunaan wang Lembaga Tabung Haji untuk membeli tanah pada harga RM188.5 juta yang memberi keuntungan atas angin […]

Rintihan mahasiswa Mesir tentang Bajet 2016

MENELITI bajet kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak, berderai air mata mahasiswa di Mesir. Sebak rasanya melihat bajet yang langsung melupakan kewujudan mahasiswa di Timur Tengah khususnya di Mesir. Kehidupan kami di negara ini tenat setelah kejatuhan nilai ringgit. Yuran yang dibayar mengikut nilai Dolar Amerika, memberi kesan yang sangat parah kepada […]

Pendidikan: Coup d’état politik emosi dan raksaksa birokrasi

SETIAP krisis politik pasti menuntut mangsanya. Lumrahnya, mereka yang berada pada pihak yang salah, sesudah habisnya percaturan kuasa akan terkorban. Demikian juga di Malaysia, kita berulang kali melihat ramai menteri dan pegawai berpangkat tinggi dibuang kerja, bersama dengan gerombolan pengikut dan aparat mereka, setiap kali krisis menyelubungi kepimpinan politik negara. Kesan kegoyahan politik biasanya paling […]

MT Umno mahu ‘lempang’ orang Cina, bila Mufti Perak mahu tegur?

KUALA LUMPUR 2 OKT: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria patut menegur Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang membuat kenyataan rasis mahu ‘melempang’ orang Cina di Malaysia. Secara sinis, Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Raja Puji yang sedang mengajak Jabatan Mufti Pahang berbincang untuk menyelesaikan isu teks khutbah […]

Pemimpin muda DAP kesal AidilAdha dicemari khutbah politik fitnah

KUALA LUMPUR: Pemimpin muda DAP kesal berikutan Jabatan Mufti Negeri Pahang menggunakan khutbah untuk memfitnah parti itu sedangkan kerosakan negara banyak berlaku menggunakan label Islam. Pada kenyataan bersama sembilan pemimpin muda DAP beragama Islam hari ini, mereka menyifatkan sambutan AidilAdha dicemari penyampaian khutbah berunsur politik dan fitnah terhadap DAP. “Di kala umat Islam memperingati kisah […]

Anak muda DAP bantah penyalahgunaan institusi agama

Di kala umat Islam sedang merayakan Aidiladha dan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT, ia telah dicemari dengan penyampaian khutbah berunsurkan politik dan fitnah. Khutbah Aidiladha yang disampaikan di Pahang menyentuh tentang kononnya perpecahan umat Islam di Malaysia disebabkan oleh parti politik dan menyatakan […]

Festival Idearaya: Angkat tema kesamarataan

Sekumpulan komuniti bergabung menganjurkan Festival Idearaya yang berlangsung di Laman Budaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 12 dan 13 September lepas. Antara komuniti yang terlibat adalah Buku Jalanan, Frinjan, Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), The Sponsorship Movement (TSM), Kuliah Buku (KuBu), Pusat Kajian dan Apresiasi Filem (PKAF) dan Kelab Filem Bangsar. Pelbagai aktiviti dijalankan […]

The Metaphor: Bertemu post-rock Malaysia di Taiwan

Aku bertandang ke Taiwan sebelum hujung minggu lalu, mahu bersama pesta Rock in Taichung: With You selama tiga hari bermula 4 September, dengan bermacam band dan penyanyi pelbagai genre. Dan hampir semuanya bakat dari Taiwan serta tetamu jemputan dari Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Malaysia. Ya, band dari Malaysia pun ada, diwakili The Metaphor. […]

Young and Malay: Buka gelanggang perbincangan identiti

Buku terbitan Gerak Budaya bertajuk Young and Malay ini dengan mudah menarik perhatian dengan reka grafik muka depan; lakaran separuh badan pemuda berjaket kulit dengan rambut pacak-pacak, trend rambut yang telah melariskan gel-gel penggaya rambut di pasaran satu ketika dulu. Trend rambut ini sangat terkenal di kalangan pelajar sekolah ketika itu sehingga guru-guru berkongsi satu […]

Aku ingin jadi The Clash

Ini bukan cerita tentang aku walaupun sewaktu era remaja dulu, itu merupakan angan-angan ku. Sebenarnya ini adalah kisah mengenai sebuah band yang tak pernah aku dengar walaupun sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Nama band itu adalah The Garrison. Nama band ini tiba-tiba menjadi sesuatu yang kerap aku dengar sejak dua, tiga bulan lalu. […]

Sasterawan sayang Muhyiddin?

Walaupun Muhyiddin dikatakan banyak membantu golongan penulis, tentu ada sebab mengapa tiada yang tampil membelanya kini. Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Pendidikan pada 28 Julai 2015, beberapa pihak tampil melahirkan rasa sedih kerana beliau dikatakan sangat prihatin terhadap masalah golongan penulis. Puji-pujian itu segera mengingatkan saya […]