ProGuam jawab kekeliruan masyarakat tentang UEC

Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) tampil menjawab kekeliruan masyarakat berhubung Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang lulusannya diiktiraf untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP). Presidennya, Noorazmir Zakaria seperti dipetik Sinar Harian berkata, kekeliruan itu timbul ekoran sikap masyarakat yang cenderung memandang UEC dari sudut sentimen kaum semata-mata tanpa memahami apa itu […]

Seimbang untuk sejahtera

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasanya) sedikitpun. (Sura An-Nisa 124) Hari Wanita disambut setiap tahun pada bulan Mac sejak tahun 1962 untuk mengingatkan seluruh dunia tentang masalah ketidakseimbangan jantina di antara kaum lelaki […]

‘Perkahwinan’ UMNO-PAS: Titik hitam aspirasi penyokong PAS

Dari Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ke Semenyih, dengan tirai pesta demokrasi bakal dibuka lagi bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan. Apa-apa pun, kita menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Ramli Mohd Nor dan Yang Berhormat Zakaria Hanafi. Semoga amanah rakyat ini akan dihargai dengan perkhidmatan yang bernas serta bermakna kepada rakyat. Namun, […]

Persoal kelayakan Menteri Kewangan bukti MCA ketandusan idea, kata Tony Pua

Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk mengemukakan saman fitnah terhadap Presiden MCA, Wee Ka Siong dan media jika terus-menerus mempersoalkan kelayakan Menteri Kewangan itu sebagai akauntan profesional bertauliah. Ka Siong menerusi akhbar The Star milik partinya, semalam, mempersoalkan bagaimana Guan Eng berjaya menjadi akauntan profesio­nal bertauliah setahun sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti […]

Rasis berpelembagaan dan tanah haram

‘Melayu’. Tiga suku kata yang menimbulkan seribu satu perasaan dan bayangan, sama ada tenang atau benci. Malas. Rajin. Bodoh. Bijak. Jahat. Baik. Mudah diperdaya. Sihat akal. Rasis. Islamik. Sekian lama, Melayu menyamakan perjuangan bangsa mereka dengan perjuangan Islam. Hari ini, sebagai orang berdarah Melayu, saya ingin menjentik fikiran bangsa saya untuk mengimbau kembali keselarian pemikiran […]

Menjawab tuduhan Pesuruhjaya PAS Perak berkenaan isu penerimaan gelaran, pangkat

Beberapa hari lepas telah tersebar secara meluas kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mempertikaikan keputusan DAP untuk tidak menerima gelaran dan pangkat yang dianugerahkan oleh pihak Istana sebagai tanda kebiadaban DAP terhadap Raja-raja Melayu. Kesal dengan kenyataan tersebut, saya merujuk kepada kenyataan dan teguran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menegaskan pendirian DAP […]

DAP buat laporan polis terhadap Bendahari PAS

DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Bendahari PAS, Razman Zakaria yang menuduh parti kononnya biadab kerana tidak menerima anugerah atau gelaran semasa tempoh aktif berkhidmat dalam politik. Menyifatkan dakwaan tersebut palsu dan bersifat fitnah, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Wong Kah Woh menegaskan bahawa DAP menghormati serta mendokong kedudukan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam […]

Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot – Kit Siang

Akhirnya, kepimpinan PAS yang diketuai Datuk Seri Hadi Awang mengakui bahawa di bawah kendaliannya, prestasi PAS kian merosot. Saya tidak pernah berkata bahawa PAS kini telah kecundang, pun begitu saya berani untuk membuat ramalan bahawa selagi kepimpinan Hadi berterusan mengambil pendirian yang berbeza daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh dua bekas Presiden PAS terdahulu iaitu […]

PRK Port Dickson penerus momentum PRU14

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson adalah PRK paling penting sepanjang 61 tahun sejarah negara. Ia bukanlah sebuah pertarungan antara calon Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia, dan enam calon lain yang menentangnya dalam PRK tersebut. Ia adalah susulan […]

5 objektif utama capai impian Malaysia Baharu menjelang 2030

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 yang menyaksikan gabungan Umno/Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan penguasaan di lima negeri, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan, idea untuk menumbangkan Umno/BN di Putrajaya dilihat tidak mustahil, mampu dicapai dan dimpikan dalam perjalanan sejarah negara. Sebelum PRU 2008, tidak ada seorang pun mengambil serius terhadap keyakinan bahawa […]

Guan Eng bebas tanpa pengaruh luar, Peguam Negara tidak campur tangan

Keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung tuduhan rasuah dibuat tanpa sebarang pengaruh luar dan penglibatan Peguam Negara Tommy Thomas, tegas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Menurut Mohamad, keputusan itu dibuat selepas beliau diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan berhubung representasi yang dikemukakan […]

100 Hari Zairil di DUN Pulau Pinang

Ketika nama Zairil Khir Johari mula meletup sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; saya mencarinya di Facebook dan menghantar mesej ringkas mengucapkan tahniah atas tindakan beraninya menyertai DAP, sebuah parti yang dihantui persepsi ‘parti Cina’. Dari kedudukan setpol Guan Eng, kemudian menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan selanjutnya menjadi Ahli Parlimen […]