Ada apa dengan 18?

Anak muda adalah pemimpin masa depan kita. – Ada orang bercakap seperti ini dengan bangganya. Anak muda adalah pemimpin masa depan kita. – Ada orang bercakap seperti ini hanya untuk memujuk anak-anak mereka. Anak muda adalah pemimpin masa depan kita. – Ada orang bercakap seperti ini dengan isi tersiratnya; “kau diam dulu sebab sekarang akulah […]

Menghidu tanggapan Hadi Awang

Hari ini hampir tidak dapat dibezakan antara UMNO dan PAS. Andai berselisih di jalanan, nescaya yang disangka UMNO itu boleh jadi PAS dan PAS itu boleh jadi UMNO. Kenyataan penuh prasangka dan tuduhan ala pil kuda menolak kedudukannya setaraf pemimpin-pemimpin Umno yang kini diperlekeh rakyat. Calon parlimen Putrajaya dari Barisan Nasional pernah mengungkapkan nada yang […]

Mansuh Askar Melayu? Najib baca ‘mantera tahyul’ fitnah DAP

Serangan bertali-arus pemimpin-pemimpin UMNO-BN terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) khususnya DAP sudah masuk gear lima. UMNO telah merelakan diri menjadi ‘hantu’ perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat pelbagai suku bangsa negara ini dengan provokasi sedemikian kerana terdesak untuk melanjutkan hayatnya. Jika dahulu rakyat sering dimomokkan kononnya DAP sebagai parti perkauman Cina yang mengancam kepentingan orang Melayu dan Islam, […]

BN main kotor salah guna premis kerajaan, turunkan bendera Pakatan Harapan

Pagi ini, Majlis Daerah Yong Peng menurunkan semua bendera Pakatan Harapan sekitar bandar Ayer Hitam yang telah dipasang pada malam sebelumnya. Sementara bendera Barisan Nasional dan PAS tidak disentuh dan dibiarkan terpasang di sudut-sudut sesak bandar. Kerajaan tempatan dimanipulasi oleh BN sebagai alat politik dan dianggap sebagai sebahagian jentera kempen, sekaligus menyebabkan pertembungan antara parti […]

Orang Langkawi berhati-hati dengan janji

Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad, syabas orang Langkawi tapi maaflah orang Kedah yang lain. Semata-mata kerana ura-ura Dr Mahathir akan bertanding di Langkawi, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dengan murah hati janji (saya ulang, JANJI) peruntukan RM1,300,000,000 (RM1.3 bilion). Begitulah “power”nya Dr Mahathir. Cakap saja kata dia nak bertanding di Langkawi, terus peruntukan berbilion […]

Terima kasih kerana tidak mengundi

Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada akhir 2016 kerana pengundi yang menganggap diri mereka progresif dan moderat tidak keluar mengundi. Mereka benci Trump tetapi mereka tidak puas hati dengan calon Demokrat Hillary Clinton yang dianggap tidak cukup progresif. Malah, mereka mengatakan pilihan di antara Trump dan Clinton adalah sama seperti dipaksa […]

P. Pinang tambah bayaran wang ehsan, daripada RM500 ke RM700

GEORGE TOWN, 14 NOV: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan penambahan bayaran wang ehsan sebanyak RM200 kepada mangsa banjir di negeri itu, menjadikan bantuan secara sekali beri (one-off) itu kini berjumlah RM700 berbanding RM500 sebelum ini. Penambahan itu, menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta dan dijangka bakal memanfaatkan […]

Mansuh GST: Rakyat untung, kerajaan tidak terbeban

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kerugian sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan seperti yang didakwa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, ia mampu diseimbangkan dengan pengurangan perbelanjaan berdasarkan dua komponen belanjawan iaitu pendapatan dan perbelanjaan. Ia termasuk penjimatan kerajaan daripada pembaziran dan rasuah sebanyak RM20 bilion selain menurunkan peruntukan […]

‘Majlis UMNO’ di sekolah, BN semakin bankrap moral

GELANG PATAH, 4 OKT: DAP menyifatkan tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengarahkan sekolah di Putrajaya untuk melaksanakan sambutan penutup Hari Kemerdekaan dengan tema UMNO sebagai gambaran nyata kebangkrapan moral gabungan itu. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia juga adalah petunjuk bahawa UMNO-BN semakin hilang kemampuan untuk membezakan antara tindakan yang betul dan salah. Katanya […]

Musuh rakyat di Selangor ialah BN, bukan PAS

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Beberapa perkara perlu dilakukan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi memastikan kemenangan mereka di Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) meskipun terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru melibatkan PAS. Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu termasuklah menerangkan kepada pengundi bahawa HARAPAN tidak akan bersama-sama PAS untuk memerintah […]

MAIWP tidak boleh lepas tangan tragedi pusat tahfiz terbakar, kata peguam

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Tragedi menyayat hati yang mengorbankan 27 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di ibu negara baru-baru terus menimbulkan pelbagai persoalan lain. Meski wujud unsur jenayah, aspek keselamatan bangunan itu juga dilihat sebagai elemen yang turut menyumbang kepada kejadian tersebut. Justeru, adakah wajar pengurusan tahfiz dan pihak berkuasa yang berkaitan […]

54 tahun berlalu, kita masih terpisah atas nama bangsa

Lima puluh empat tahun yang lalu, Parlimen Malaysia meluluskan satu rang undang-undang iaitu RUU Malaysia dengan undian 73 menyokong, 15 membantah, hanya kelebihan 3 undi daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Malaya. Di Singapura, pemerintah iaitu PAP juga hampir kehilangan sokongan legislatif yang diperlukan untuk menerima Perjanjian Malaysia. Ia diluluskan akhirnya dengan […]