Selamat Hari Lahir yang ke-83 buat Tan Sri Lim Kit Siang!

428698801 951650832992440 8203006724867298034 n
Selamat Hari Lahir yang ke-83 buat Tan Sri Lim Kit Siang! Sang pejuang yang tiada galang gantinya. Segala jasa dan pengorbanannya demi Malaysia tanpa mengira kaum dan agama telah dibuktikan sejak hari pertama beliau bertekad mahu menjadikan Malaysia yang lebih baik.
“Beliau berjuang demi keadilan dan tadbir urus yang baik. Beliau adalah ikon demokrasi kita.” Begitulah penghormatan yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP, saudara Anthony Loke kepada beliau.
Sasterawan Negara, A. Samad Said pernah mengungkapkan beliau di dalam sajaknya, Impian Pemimpin;
Kini di tasik dirinya menilai hajat
di sisi panji pastinya berdiri hebat
Dia tak mudah ditelan gelombang nista
cekal di pantai pupuk Impian Malaysia
Dia tidak berkibar atas harta orang;
maka panji yang dijulang tetap gemilang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Laoda di atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat untuk parti ini dan rakyat Malaysia.

Recommended Posts