SELCAT nilai pelaksanaan, hala tuju skim insurans percuma Selangor

f52f98c7 3a43 4c7c 9e46 d2fee11cb1b8

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) telah mengadakan Pendengaran Awam berkaitan Pelaksanaan Program SKIM Insurans Am Selangor (INSAN) dan Halatuju Masa Hadapannya di Negeri Selangor pada hari Khamis, 10 Oktober 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Wisma Dewan Negeri Selangor.

Pendengaran Awam tersebut telah disiarkan secara langsung di Platform digital Media Selangor seperti Facebook, Youtube, dan TikTok bermula jam 10 pagi hingga jam 4.40 petang. Sesi tersebut juga dihadiri oleh beberapa wakil media, juga pemerhati awam dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor, termasuk Timbalan Speaker Y.B Tuan Mohd Kamri bin Kamaruddin dan dua (2) orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan dan Y.B. Tuan Papparaidu A/L Veraman, EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa SELCAT yang telah aktif memainkan peranan semak dan imbang dengan bertanya pelbagai soalan dan juga kepada saksi-saksi yang telah hadir untuk memberi keterangan iaitu mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Puan Hajah Norita binti Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Ts. Saipolyazan M Yusop, dan Y.Bhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Melalui Pendengaran Awam ini, Jawatankuasa telah menyiasat untuk mendapatkan maklumat yang komprehensif berkaitan tata kelola tentang kelulusan pelaksanaan Program Skim INSAN, pelantikan Agensi Pelaksana, pengendali dan penyedia perkhidmatan, promosi tentang Program INSAN dan YB Pengerusi SELCAT berpuas hati dengan sesi tersebut namun terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti untuk ditambahbaik kerana program Skim INSAN ini merupakan inisiatif yang sangat baik untuk rakyat Selangor.

Lau Weng San
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)
Speaker Dewan Negeri Selangor

174c4713 c38b 4f33 a359 f9ca2525816a

5341b7eb 6a49 4488 a2bf 401ce72c0be8

Recommended Posts