Semua Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Layak Mohon Bantuan Penyelenggaraan Setiap Tahun

ceefde96 c4c6 4731 a7c3 5e88e15e5f99

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Nga Kor Ming, menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) dapat memohon dana penyelenggaraan setiap tahun.

Bantuan ini akan diagihkan berdasarkan keperluan setiap permohon dengan keutamaan diberikan kepada golongan yang memerlukan bantuan secara mendesak dan yang belum pernah menerima bantuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan memberi jaminan bahawa Kementerian KPKT tidak akan menyekat mana-mana permohonan, termasuk daripada pihak yang pernah menerima bantuan sebelumnya.

“Inisiatif ini memberi keutamaan kepada rumah ibadat bukan Islam yang memerlukan bantuan segera, selaras dengan komitmen kementerianKPKT iaitu “tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir.“

“Rumah ibadat bukan Islam boleh mengemukakan permohonan kepada kementerian KPKT setiap tahun, dan kelulusan dana akan diberikan berdasarkan keperluan dan kedudukan fiskal kewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat bulan Oktober tahun ini, KPKT telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan berjumlah RM46.13 juta kepada 422 rumah ibadat bukan Islam, termasuk kuil, gereja, gurdwara dan tokong.

Antara jumlah ini, 147 kuil dan 25 gurdwara berjaya menerima peruntukan bantuan setinggi RM21.35 juta.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan Madani turut memperuntukkan RM50 juta lagi bagi bantuan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Madani yg meraikan kepelbagaian dan menyokong keharmonian serta keperluan komuniti pelbagai budaya masyarakat majmuk negara ini.

Menteri KPKT minta semua pihak ikhlas membantu rakyat dan bukan cuba mempolitikkan isu dengan memberi maklumat yg tidak benar dan cuba mengelirukan.

Sekian, terima kasih.

Nga Kor Ming
Menteri KPKT
28hb November, 2024

461cde59 9511 45d5 891c 0297b6eae4e4

6197ae05 66cb 444d b111 a8d78a54a760

a4d31809 0e85 44d6 a7a9 e1862c4fa1c0

4e166d85 ff7f 443e 9e35 6e9585a51cec

ded516f3 6ce9 4eb7 a1fb 86d67850bfaf

Recommended Posts