DAP Sabah ketengah bakal calon Gen Z, 50% calon wanita & calon berpengalaman

whatsapp image 2025 11 10 at 4.46.50 pm
Setiausaha Agung DAP, Sdr Anthony Loke, baru-baru ini mengumumkan barisan bakal calon Pakatan Harapan–DAP bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU17) dalam satu majlis pelancaran jentera pilihan raya yang diadakan di Kota Kinabalu.
Barisan bakal calon kali ini menampilkan kombinasi pengalaman, kepelbagaian dan tenaga muda, dengan separuh daripadanya wanita dan lebih separuh berusia bawah 40 tahun, termasuk calon-calon Gen Z berusia 25 tahun hingga 28 tahun.

“Barisan calon DAP Sabah kali ini menggambarkan wajah sebenar Sabah, pelbagai kaum, generasi dan latar belakang.

Kami tampil dengan tenaga muda dan calon berpengalaman untuk membawa suara rakyat Sabah ke peringkat tertinggi,” kata Anthony Loke.

Senarai Bakal Calon PH–DAP Sabah:

  1. N19 Likas – Datuk Phoong Jin Zhe, bekas Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah
  2. N21 Luyang – Chan Loong Wei, Ketua DAPSY Sabah, calon termuda berusia 25 tahun (Generasi Z)
  3. N22 Tanjung Aru – Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Ahli Parlimen Kota Kinabalu
  4. N25 Kapayan – Jannie Lasimbang
  5. N55 Elopura – Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen Sandakan, Setiausaha DAP Sabah
  6. N56 Tanjong Papat – Tang Szu Ching, 28 tahun, calon wanita muda
  7. N69 Sri Tanjong – Philip Yap, 40 tahun, muka baharu dalam politik Sabah
  8. Chan Loong Wei: Calon Gen Z Bawa Suara Anak Muda ke DUN Sabah

Pada usia hanya 25 tahun, Chan Loong Wei muncul sebagai antara calon termuda Pilihan Raya Sabah dan simbol keterlibatan Generasi Z dalam politik Sabah. C

han, yang telah berkhidmat dengan DAP sejak 2019 dan kini mengetuai DAP Socialist Youth (DAPSY) Sabah, berkata pencalonannya bukan sekadar penghormatan peribadi, tetapi pengiktirafan terhadap keupayaan anak muda memimpin.

Chan akan menggantikan penyandang Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe, yang kini bertanding di kerusi N19 Likas.

Kawasan Luyang yang terletak dalam Parlimen Kota Kinabalu merupakan kubu kuat DAP sejak 2013, dengan Phoong memenangi PRN 2020 dengan majoriti lebih 14,000 undi.

Selain Chan, dua lagi muka baharu turut diketengahkan iaitu Tang Szu Ching (28 tahun) di Tanjong Papat dan Philip Yap (40 tahun) di Sri Tanjong yang menandakan strategi DAP Sabah memberi peluang kepada generasi baharu sambil mengekalkan tokoh berpengalaman.

Tokoh berpengalaman seperti Datuk Chan Foong Hin dan Vivian Wong Shir Yee pula menjadi tunjang kekuatan parti di kawasan bandar utama seperti Tanjung Aru dan Elopura, menggambarkan keseimbangan antara tenaga muda dan kepimpinan nasional dalam satu pasukan.

Anthony Loke turut menegaskan bahawa semua calon DAP Sabah adalah anak jati negeri ini, menolak tohmahan bahawa DAP bukan parti tempatan.

“DAP Sabah dibarisi pemimpin asal Sabah. Kami berdiri bersama rakyat negeri ini dalam memperjuangkan keadilan sosial, pembangunan seimbang dan suara rakyat tempatan,” katanya.

Beliau menutup pengumuman dengan menyeru seluruh jentera agar bersatu tenaga dan memperkukuh solidariti menjelang PRN17 pada 29 November 2025, demi masa depan Sabah yang lebih progresif di bawah Kerajaan MADANI.

Recommended Posts