Sentuhan Kasih KPKT ke Pulau Pinang, peruntukan disalur untuk pembangunan dan penaiktarafan kawasan Seberang Perai

447839757 1015827233241466 8594796131786214670 n

Seberang Perai bakal menerima hampir RM18 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan 10 buah projek pembangunan infrastruktur awam di sekitar kawasan tersebut. Menerusi inisiatif Sentuhan Kasih KPKT ke Pulau Pinang, antara projek utama yang menerima sebahagian peruntukan tersebut adalah pembinaan balai bomba yang baharu di Bukit Mertajam yang akan menelan belanja sejumlah RM13.8 juta. Projek ini dijangka akan bermula pada Mac 2025 dan selesai pada Mac 2027.

Menurut Menteri KPKT Nga Kor Ming, selain pembinaan balai bomba tersebut, peruntukan akan digunakan untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan, menaiktaraf jalan dan longkang serta penyaluran dana kepada enam Rumah Ibadat Bukan Islam.

KPKT bersama Kerajaan Persekutuan komited ke arah memastikan peruntukan yang dibelanjakan boleh membawa manfaat kepada penduduk setempat dan pada masa yang sama memastikan kemajuan ekonomi terus meningkat ⭐⭐⭐⭐⭐

Recommended Posts