
Ketua Pembangkang DUN Perak telah digantung selama 6 bulan daripada menghadiri sidang DUN lantaran kenyataan-kenyataannya yang berbaur perkauman & bersifat hasutan di sidang DUN.
Sesungguhnya budaya fitnah adalah dilarang dengan keras sekali dalam setiap agama, dan sebagai ahli politik, haruslah kita semua tidak terlibat sesekalipun dalam budaya fitnah dan sekiranya ada ahli politik yang tidak serik dalam menyebarkan fitnah, nescaya beliau akan tersungkur dan menerima padahnya.
“Pencapaian” Ketua Pembangkang DUN Perak dalam sejarah memfitnah adalah cukup menakjubkan sekali, mangsanya termasuk Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan banyak lagi.
Daripada minta maaf secara terbuka sehinggalah membayar ganti rugi beratus-ratus ribu, ini menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang DUN Perak telah hilang kredibiliti & kepercayaan sebagai seorang pemimpin politik.
Hukuman penggantungan 6 bulan daripada menghadiri sidang DUN sebenarnya adalah sangat ringan sekiranya berbanding dengan sejarah & caranya dalam menyebarkan fitnah terhadap yang lain.
Seyogianya pembangkang negeri Perak bermuhasabah dan menghentikan daripada menularkan budaya fitnah bermula hari ini.
Belajarlah daripada pembangkang dulu, harusnya PN berperanan sebagai entiti semak & imbang, patutnya bertanyakan soalan yang bernas tentang pembangunan negeri Perak, permasalahan rakyat, dasar negeri, dan pastikan menyuburkan demokrasi dengan cara matang.
Sebagai Ahli Dewan Negeri Perak, saya amat berharap dewan tidak dipenuhi dengan kata-kata fitnah dan semua harusnya melakukan segala prakarsa untuk menjadikan sidang DUN Perak sebagai teladan yang patut dicontohi.
Woo Kah Leong
Exco Kerajaan Perak
Ahli Dewan Negeri Pasir Bedamar