Serangan yang tidak berasas terhadap DAP adalah satu tindakan yang amat memalukan dan tidak bertanggungjawab

5392f55a e0b2 4584 8df0 5eea314f55d2

Saya ingin menegaskan bahawa serangan yang tidak berasas terhadap DAP berhubung sumbangan daripada syarikat alkohol kepada sekolah vernakular adalah satu tindakan yang amat memalukan dan tidak bertanggungjawab.

MCA, PAS, MIC, dan Dr. Muhamad Akmal Saleh telah memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik mereka, dan ini menunjukkan betapa rendahnya integriti mereka.

MCA cuba menuding jari kepada DAP dalam isu pekeliling yang melarang sumbangan dari syarikat alkohol dan tembakau adalah contoh jelas hipokrasi politik.

Mereka berada dalam kerajaan ketika pekeliling ini dikeluarkan, tetapi kini mereka cuba mencari kambing hitam dalam kalangan pihak lain untuk menutup kegagalan mereka.

Jika MCA benar-benar prihatin tentang pendidikan, mereka seharusnya mendesak Kementerian Pendidikan untuk membatalkan pekeliling ini, bukan mencari kesalahan pihak lain.

PAS, seperti biasa dengan tindakan mereka yang penuh hipokrasi telah memutarbelitkan fakta untuk menimbulkan ketegangan kaum demi keuntungan politik mereka.

Tuduhan PAS bahawa Heineken Malaysia ‘menormalkan’ alkohol dalam sekolah adalah satu pembohongan dan percubaan jahat untuk mencipta kontroversi tanpa asas. Selama lebih 30 tahun, Heineken Malaysia telah menyumbang lebih RM400 juta untuk sekolah-sekolah Cina, dan tindakan PAS untuk menentang usaha ini hanya menunjukkan mereka tidak kisah pasal sekolah vernakular.

MIC Wanita dan MIC Pemuda pendek akal, mementingkan diri sendiri, dan menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik adalah sangat mengecewakan.

MIC sepatutnya malu dengan tindakan mereka yang hanya menunjukkan ketidakmampuan untuk memahami dan menangani isu-isu pendidikan yang sebenar.

Dengan menyerang DAP tanpa asas yang kukuh, MIC hanya memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab dan keinginan mereka untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan mereka sendiri.

MIC, yang telah lama kehilangan sokongan rakyat, hanya mampu menggunakan taktik murahan untuk menyerang pihak lain dan menutup kelemahan serta kegagalan mereka dalam memperjuangkan hak rakyat.

Mereka kini tidak lagi relevan dan tidak mampu membawa atau memperjuangkan isu-isu yang bermakna.
Dr. Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pemuda UMNO juga menunjukkan kebodohan dan kematangan politik yang rendah apabila membandingkan isu ini dengan liga bola sepak negara adalah bukti jelas ketidakmampuan beliau untuk memahami isu sebenar.

Apa yang perlu kita tekankan di sini adalah bahawa sekolah tidak seharusnya menerima sumbangan daripada sumber yang tidak sah.

Selagi mana syarikat beroperasi secara sah di bawah undang-undang Malaysia dan sumbangan mereka tidak terikat dengan sebarang kriteria penggunaan, sumbangan tersebut adalah sah dan tidak boleh dipersoalkan.

Sekolah vernakular di Malaysia telah lama bergantung pada sumbangan luar kerana kekurangan dana daripada kerajaan.

Kekurangan sokongan kewangan daripada kerajaan telah menyebabkan sekolah-sekolah ini terpaksa mencari bantuan daripada pihak swasta.

Sumbangan daripada syarikat seperti Heineken Malaysia Bhd adalah amat penting untuk memastikan sekolah-sekolah ini dapat beroperasi dengan baik dan menyediakan pendidikan berkualiti.

Mengkritik usaha ini hanya akan menambah beban kepada sekolah-sekolah ini dan merugikan pelajar.

Saya ingin mempertahankan YB Menteri Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP, daripada serangan yang tidak berasas dan berniat jahat.

Tindakan beliau untuk membawa isu ini ke Kabinet adalah satu langkah berani dan menunjukkan komitmen beliau dalam mencari penyelesaian yang adil dan menyeluruh.

Kritikan terhadap beliau hanyalah usaha terdesak oleh pihak-pihak yang tidak mampu memahami kepentingan pendidikan dan hanya mahu mengalihkan perhatian dari masalah sebenar.

DAP akan terus berdiri teguh dalam memperjuangkan hak pendidikan untuk semua dan tidak akan terpengaruh dengan serangan politik yang tidak berasas.

Kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak yang komited untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini tanpa kompromi.

Sekian, terima kasih.

THULSI MANOGARAN
ADUN BUNTONG

Recommended Posts