Siasat Muhyiddin, Perlekeh Institusi Raja Dalam Kempen Nenggiri

20240819 hanafi lubis scaled

Kenyataan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jelas sekali membawa tanggapan buruk terhadap institusi raja bahawa Sultan Pahang tidak berlaku adil semasa pemilihan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana jelas sekali beliau dengan sengaja menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) yang boleh menghasut rakyat membenci dan hilang kepercayaan terhadap institusi raja.

Kenyataan beliau ini bukan sahaja boleh mengancam kententeraman awam malah boleh memecahbelahkan rakyat. Sebagai mantan Perdana Menteri, beliau tidak sepatutnya mengheret institusi raja ke dalam kempen politik sempitnya semata-mata untuk meraih undi di PRK Nenggiri yang lepas. Nampaknya beliau seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan dan secara sengaja menimbulkan keraguan terhadap keputusan Sultan Abdullah dalam kempennya.

Justeru, saya mohon pihak PDRM mengambil tindakan tegas dan menyiasat perkara ini yang jelas sekali cuba memperlekehkan institusi raja yang boleh mengancam keselamatan negara.

Hanafi Lubis
Naib Pengerusi
DAP Cawangan Hill Railway Road

Recommended Posts