Sokong Pendirian Dr Zambry Untuk Mempertahankan Kebebasan Akademik

8b09fef5 f614 4c49 aef6 ff9434fe8d5b

Saya ingin memuji kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Zambry yang menyokong ahli akademik untuk mempunyai kebebasan mengemukakan pendapat berdasarkan penyelidikan dan fakta. Pendirian Menteri ini adalah amat penting untuk memastikan universiti terus menjadi tempat pertukaran fikiran dan pertembungan idea dalam pembangunan negara.

Suara akademik tidak patut ditekan atau dibungkam. Kebebasan akademik memainkan peranan yang penting untuk mendorong inovasi, membentuk pemikiran kritikal, dan mempromosikan kemajuan sosial. Ahli akademik Malaysia haruslah berani menyuarakan pandangan, kerana pemikiran mereka adalah kekuatan yang penting untuk kemajuan negara.

Saya juga setuju dengan pandangan Menteri Pengajian Tinggi bahawa undang-undang seperti Akta 605 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 tidak seharusnya menjadi alat untuk menekan pendapat dan pandangan ahli akademik.

Saya menyeru kesemua institusi pengajian tinggi di negara kita akan berhenti keluarkan apa-apa arahan untuk mengekang kebebasan bersuara di kalangan ahli akademik dan pelajar.

Teresa Kok

Recommended Posts