SPR belanja ‘hangus’ RM1 juta, Azalina Othman ‘naik angin’

teo nie chingKUALA LUMPUR, 28 SEPT: Sebanyak RM1 juta wang pembayar cukai ‘hangus’ dalam masa 15 hari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digunakan untuk membayar kos sara hidup petugas pilihan raya yang bertugas sepanjang tempoh itu.

Kritikan tercetus bila mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tidak mendedahkan data terperinci tentang tujuan, bagaimana dan kepada siapa sejumlah wang RM1 juta itu dibelanjakan ketika menjawab soalan parlimen Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching.

Selain itu, Nie Ching turut menimbulkan persoalan bagaimana hanya tujuh sahaja aduan perlanggaran Akta Kesalahan Pilihanraya disiasat dari 83 aduan yang dibuat.

“Aduan kes selebihnya telah dibuang,” katanya.

Namun, pemerhatian yang dibuat gabungan badan bukan kerajaan PEMANTAU pula mendapati terdapat lebih dari tujuh penyelewengan yang berlaku semasa pilihan raya umum lalu dijalankan.

“Walaupun hanya mampu membuat pemerhatian ke atas 23 kawasan parlimen semasa penamaan calon dan 51 kerusi dalam tempoh berkempen dengan 2,000 orang pemerhati, PEMANTAU mendapati wujud lima insiden rasuah melibatkan wang dan pemberian barangan dalam masa penamaan calon.

“Mereka juga mendapati lebih separuh atau 23 kawasan pilihan raya dicemari dengan rasuah dalam tempoh berkempen melibatkan barangan beharga, manakala 19 kawasan melibatkan rassuah berbentuk wang dan pada hari pembuangan undi, PEMANTAU melaporkan terdapat 16 kawasan pilihan raya terlibat dengan rasuah,” jelas beliau.

Namun, perkara yang terus menjadi persoalan adalah bagaimana mungkin SPR yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi mendapati hanya tujuk sahaja kes yang melanggar akta pilihanraya.

“Sukar untuk diterima. Kita sebagai rakyat Malaysia nak tahu adakah sejumlah wang yang besar itu berbaloi dengan prestassi kerja SPR yang boleh dipersoalkan,” katanya.

Semasa Nie Ching membahaskan hujahnya, Ahli Parlimen BN Pengerang Datuk Azalina Othman bangun dan membuat serangan melulu terhadap beliau dengan meminta beliau menyatakan bukti terperinci mengenai pendedahan itu.

“Sebab itu saya bertanya, saya ambil fakta ini dari badan PEMANTAU. Boleh semak dengan mereka sendiri,” katanya tenang menangkis Azalina. – Roketkini.com

Recommended Posts