Pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos bukan sahaja menentukan kadar kemajuan dan kemakmuran di Pulau Pinang dan lima negeri lain, tetapi juga sama ada Malaysia boleh bangkit semula sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Sekiranya gabungan PH-BN mengalami kekalahan dalam enam pilihan raya negeri ini, Malaysia akan kembali ke arah hala tuju kemerosotan yang disaksikan kita dalam beberapa dekad yang lepas, di mana kita terus ditinggalkan di belakang satu demi satu negara dan menghala ke satu takdir yang menyedihkan – sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.
Tidak akan ada usaha untuk menetapkan semula dan mengembalikan semula negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah negara Malaysia yang majmuk yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein, yang juga merupakan Presiden UMNO) negara ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pemeliharaan serta pengayaan bahasa-bahasa lain, kedudukan khas orang Melayu dan Orang Asal Sabah dan Sarawak untuk menghapuskan kemiskinan dan kemunduruan serta kepentingan sah komuniti-komuniti lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan visi ekonomi kerajaannya, “Ekonomi Madani”, yang antaranya bercita-cita untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 25 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International, yang merupakan satu matlamat yang lebih bercita-cita tinggi berbanding dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) 2003-2008 yang diumumkan Abdullah Badawi yang menyasarkan Malaysia berada dalam kalangan 30 negara paling kurang korup menjelang 2008.
Namun, PIN ini telah menjadi satu kegagalan dan Malaysia sebaliknya dimalukan di seluruh dunia sebagai contoh kes kleptokrasi terburuk, dan di bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin, negara kita jatuh ke tempat ke-61 dari 180 buah negara.
Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, perlu menyokong matlamat Ekonomi Madani ini untuk menikmati sebuah ekonomi yang tidak korup, progresif, dan mampan, yang berada di tempat ke-30 dan bukannya ke-35 seperti sedia ada dari segi saiz kasar ekonomi, dan untuk Malaysia berada dalam kalangan 12 negara terbaik dunia dari segi produktiviti berbanding dengan tempat ke-27 sekarang dalam indeks Daya Saing Dunia IMD.
Rancangan Ekonomi Madani Anwar juga menyasarkan untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 25 negara teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB berbanding dengan tempat semasa di tempat ke-62.
Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional tidak berjanji untuk menjadikan Malaysia hebat sekali lagi, sebaliknya mereka akan mengembalikan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dan perkara ini sahaja pun sudah cukup untuk para pengundi Malaysia, demi kepentingan dan masa hadapan anak-anak dan cucu-cucu mereka, untuk memastikan adanya kemenangan besar untuk gabungan PH-BN dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.