Skip to content

2 Cadangan untuk menggalakkan pendekatan “whole of society” dalam pembangunan TBB

Saya amat menyambut baik pendekatan dan hala tuju Kerajaan dalam menjadikan Industri HGHV Berasaskan Peralihan Tenaga sebagai salah satu daripada 17 Anjakan Besar dan KSP RMK-12.

Telah juga dinyatakan bahawa pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan dijadikan fokus utama dan kapasiti TBB dari sektor Solar, Hidro, Biotenaga dan Hidrogen akan ditingkakan.

Sasaran terpilih KSP RMK-12 yang menetapkan 31% Kapasiti Terpasang TBB juga harus dipuji, dengan suatu sasaran TBB pada tahun 2050 sebanyak 70%. Ini merupakan satu pendekatan yang mencabar dan amat berani, namun bukan sesuatu yang tidak mungkin tercapai.

Dalam perkara ini, saya mencadangkan Kerajaan boleh mengambil pendekatan penglibatan “the whole of society” dalam usaha mencapai matlamat ini. Selain daripada bergantung kepada pelabur-pelabur besar dalam sektor TBB, penglibatan rakyat dari akar umbi juga harus digalakkan, dan ini adalah penting sebagai usaha untuk memupuk kesedaran dari kalangan rakyat jelata.

Apabila kita berbincang berkenaan dengan TBB pada hari ini, penglibatan rakyat biasa secara terus adalah dengan pemasangan sistem solar, biarpun di rumah ataupun di pejabat. Namun, perkara pertama yang masuk ke dalam minda adalah berkenaan dengan kos.

Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan untuk membuka lembaran Baharu dalam industry TBB. Cadangan saya:-

  1. Kerajaan memberikan tax exemption / pengecualian cukai untuk kos pemasangan sistem solar atas bumbung / mereka yang menyertai program NEM.
  2. Kita sekian maklum sepanjang masa ini pengecualian cukai adalah diberikan kepada SME atau perniagaan di bawah Green Incentive Tax Allowance (GITA) yang mana adalah tidak terpakai kepada pembayar cukai individu.

    Pada masa yang sama, pengecualian cukai juga adalah selaras dengan pelaksanaan subsidi bersasar tenaga yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, dengan memberikan galakkan dan ganjaran kepada mereka yang menyertai program TBB;

  3. Kerajaan juga harus melakar dan menggalakkan fasiliti pinjaman dengan faedah rendah kepada mereka yang mungkin menhadapai sedikit kesukaran dalam menampung kos pemasangan.
  4. Fasiliti pinjaman yang sedia ada dalam pasaran adalah amat terhad, dan saya mencadangkan bahawa fasiliti pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan pembayaran ansuran pinjaman daripada hasil penjimatan elektrik oleh peserta program. Suatu assignment hasil penjimatan elektrik oleh peserta boleh diberikan kepada institusi kewangan yang terbabit.

Bagi pemasangan sistem solar oleh SME / perniagaan pula, saya menyarankan supaya Kerajaan dapat mengubal polisi baharu supaya flexibiliti diberikan kepada pemilik premis dalam isu had pemasangan.

Baru-baru ini, pada bulan Ogos yang lepas, saya mempunyai peluang untuk menyertai pelancaran solar power plant oleh Toyo Tire Malaysia dengan kapasiti 14.0 MW, yang tersebesar di Negeri Perak dengan 96,000 metre per segi ruang bumbung atas kilang.

Initiatif sebegini harus digalak, yang mana sekiranya pengusaha mampu dan berhasrat, haruslah Kerajaan memberikan kelonggaran untuk membenarkan had pemasangan yang lebih tinggi berbanding dengan kadar penggunaan, dan bergantung kepada ruang bumbung yang sedia ada.

Kita perlu bersikap lebih terbuka dan progresif sekiranya kita mahu mencapai % seperti yang disasarkan.