Malaysia memasuki satu lagi fasa ‘zaman gelap’ apabila kerajaan BM meluluskan Akta Majlis Keselamatan negara (MKN) di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ia secara langsung menggambarkan kerajaan BN semakin gelisah dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan survival politik mereka.
Dalam masa yang sama, kelulusan akta drakonian ini juga dilihat sebuah peminggiran terhadap Majlis Raja-Raja yang secara tidak langsung merampas kuasa Yang DiPertuan Agong apabila PM berkuasa untuk mengistiharkan darurat atas nama kawasan keselamatan.
Kita sedia maklum bahawa keselamatan negara perlu diberi keutamaan. Namun adakah dengan meluluskan akta ini bermakna keselamatan negara akan terjamin?
Bukankah kita memiliki pasukan keselamatan dan risikan yang baik dan telah berjaya menumpaskan sebarang anasir subversif atau terorisme seperti mana yang dilaporkan media-media?
Saya melihat perkara ini merupakan tindakan terdesak kerajaan BN yang sedia berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa.
Bagi konteks Sabah, kelulusan akta ini menimbulkan persoalan besar adakah ianya boleh disalah guna untuk ‘projek IC gelombang kedua’ yang akhirnya menguntungkan BN?
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia melipat gandakan usaha untuk menjatuhkan BN dalam pilihanraya akan datang.