Pelantikan Anthony Loke Siew Fook sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (Penang Hill Corporation) tidak sepatutnya dianggap sebagai penghinaan terhadap anak-anak negeri Pulau Pinang. Ingin DAPSY Pulau Pinang memperingatkan MCA bahawa Penang Port Commission yang dipengerusikan oleh Chua Soi Lek sebelum ini di mana Chua Soi Lek pun bukan anak negeri Pulau Pinang tetapi asal dari negeri Johor. Pengerusi Perhubungan MCA negeri Pulau Pinang yang baru, Ong Ka Chuan juga bukan anak negeri Pulau Pinang, adakah ini bermakna MCA tidak ada lagi ahli yang berbakat di Pulau Pinang bagi memimpin parti MCA?
Anthony Loke Siew Fook merupakan Ahli Parlimen Seremban yang sering membahas isu kebudayaan, pelancongan dan komunikasi dalam Parlimen. Beliau sering memberi tumpuan dalam bidang pelancongan di Pulau Pinang. Justeru, pelantikan Anthony Loke sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Bukit Bendera (Penang Hill Corporation) merupakan satu langkah yang baik dan munasabah atas sebab beliau banyak menyelidik dalam bidang ini.
“Ingin saya memperingatkan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Michael Lee Beng Seng bahawa Chui Soi Lek yang asal dari Johor pun pernah dilantik sebagai Pengerusi Penang Port Commission selama satu tempoh masa yang panjang”, kata Wong Yuee Harng yang merupakan Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang. “Kenapa tidak pernah Pemuda MCA ataupun Michael Lee membantah atas pelantikan tersebut sebelum ini?”
Pengerusi Perhubungan MCA negeri Pulau Pinang yang baru dilantik, Ong Ka Chuan juga bukan anak negeri Pulau Pinang, tetapi memimpin kesemua ahli MCA di peringkat negeri Pulau Pinang. Adakah ini satu penghinaan terhadap kesemua ahli MCA negeri Pulau Pinang, sama ada MCA Pulau Pinang tidak lagi mempunyai ahli yang berbakat bagi memimpin MCA Pulau Pinang?
Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (Penang Hill Corporation) merupakan satu jawatan yang tidak bergaji, ini bermakna negeri Pulau Pinang tidak mengalami sebarang kerugian dari segi gaji dan kewangan, tetapi terdapatnya seorang Ahli Parlimen dari Seremban bagi menyumbang dan berkhidmat untuk negeri Pulau Pinang sebaliknya, terutamnya di tempat pelancongan seperti Bukit Bendera.
Bukit Bendera merupakan satu tempat pelancongan yang menarik kepada pelancong-pelancong yang mengunjungi ke Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat memberi tumpuan dan keutamaan terhadap perkembangan bidang pelanconan di Bukit Bendera. Kerajaan Negeri telah membuat keputusan atas pelantikan Anthony Loke yang dapat mendatangkan manfaat kepada negeri Pulau Pinang setelah pertimbangan yang rinci.