Saya berasa terkejut ketika dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (seperti yang dilampirkan) sebanyak RM606,250 telah dibelanjakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk mencetak buku “1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab”
Kerajaan dan Barisan National berhak menjawab atau memberi penjelasan mengenai iau 1MDB dan Himpunan Baju Merah. Pihak Kerajaan dan Barisan National sebenarnya mempunyai banyak saluran atau platform yang percuma untuk menyampaikan maklumat atau menjawab bagi pihak kerajaan dan 1MDB. Tetapi, pihak JASA pula memilih untuk membazirkan RM606 ribu duit rakyat untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu 1MDB.
Sebelum ini, pihak kerajaan telah menyatakan hasrat mereka untuk mengurangkan kos atau perbelanjaan harian bagi setiap jabatan. Tetapi, dengan cuma menjawab satu isu 1MDB sudah belanja RM606 ribu memang tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
Saya mendesak Menteri supaya jangan mengelakkan diri dari menjawab soalan ini di Dewan Rakyat.
Isu hutang 1MDB sahaja telah menyebabkan kerugian besar kepada negara kita. Kini, kerajaan pula menggunakan duit rakyat untuk menjawab isu ini, Menteri perlu jawab!