Saya telah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melawat ke pejabat Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk menjalankan siasatan berhubung kes pembelian rumah YAB Ketua Menteri dan penjualan tanah di Taman Manggis, George Town.
Saya percaya semua pegawai Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan serta menyiapkan siasatan dengan kadar segera.
DAP Negeri Pulau Pinang menyokong segala tindakan yang diambil oleh YAB Ketua Menteri demi membantu SPRM dalam siasatan supaya dapat menegak prinsip urustadbir bersih yang selama ini menjadi tunjang pemerintahan di negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008.
Saya juga menyeru kepada ahli-ahli parti dan penyokong untuk sabar dan tabah menghadapi cabaran terbaru ini yang merupakan satu lagi usaha untuk mencemarkan nama baik Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri.