Saya membidas kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mengatakan hanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan platform bersesuaian buat keperluan mereka. Pimpinan kerajaan BN bukan sahaja gagal membawa perkembangan kepada semua lapisan masyarakat malahan telah membawa negara kita ke arah pengunduran.
Kelemahan kerajaan BN terutamanya di bawah pentadbiran Najib Tun Razak telah mengakibatkan Malaysia kehilangan daya saingan di arena antarabangsa. Contohnya, ekonomi negara meleset sebaik sahaja perlaksanaan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) pada 1hb April 2015 berikutan perlaksanaan cukai tersebut pada masa yang tidak sesuai iaitu ketika banyak lapisan masyarakat masih berpendapatan rendah.
Hutang negara yang makin meningkat di bawah pentadbiran Najib telah mencecah RM630.5 bilion. Ini jelas membuktikan kelemahan Perdana Menteri yang paling kontroversi di Malaysia itu. Selain tidak mampu menjelaskan dengan terperinci skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, beliau telah menyebabkan semua lapisan masyarakat Malaysia dibebankan oleh GST.
Saya mencabar Najib untuk menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) seluruh negara dari RM 720 ke RM1500 seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor. Beliau khuartir bahawa Najib tidak berani membuat demikian kerana jumlah keluarga di bawah paras kemiskinan akan meningkat dengan mendadak.
Pembangkang bukan setakat cakap sahaja tetapi kami melakukan perubahan yang jelas dibuktikan di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Nampaknya PM dan BN yang banyak cakap tanpa sebarang bukti pencapaian.
Perdana Menteri telah mengatakan dengan bantuan kerajaan, kehidupan semua lapisan masyarakat di negara ini semakin berkembang maju terutamanya dari aspek ekonomi dan sosial sehingga kaum minoriti turut mendapat pengiktirafan dan penghormatan termasuk etnik Telugu di Majlis Rumah Terbuka Ugadi di Dataran Merdeka semalam.