Skip to content

Kecewa dinafikan masuk ke Kuching, Sarawak oleh pihak imigresen

Saya begitu kecewa dinafikan masuk ke Kuching, Sarawak oleh pihak imigresen, setelah tiba di sini pada 9.00 pagi.

Sarawak adalah sebahagian negara Malaysia, dan sebagai warganegara Malaysia, saya mempunyai hak di sisi undang-undang dan perlembagaan untuk masuk Sarawak.

Saya telah minta penjelesan akan sebab mengapa saya dinafikan masuk. Pegawai imigresen, Puan Goh maklum kepada saya bahawa beliau hanya melaksanakan arahan pihak berkuasa negeri. Apabila saya tanya beliau atas peruntukkan undang-undang manakah beliau bertindak, beliau tidak dapat membekalkan saya dengan jawapan dan cuma mengulangi sahaja bahawa beliau hanya melaksanakan arahan pihak berkuasa negeri.

Penafian kemasukan saya dan ramai lagi sebelum saya, sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak secara jelas menunjukkan secara jelas tiada demokrasi di dalam sistem, tetapi secara lebih penting adalah merupakan satu petanda ketakutan Kerajaan Negeri Sarawak, yang diterajui Tan Sri Adenan Satem, terhadap satu sistem demokrasi yang sihat.

Rakyat Sarawak adalah diseru untuk bangkit dan UBAH, dan kepada semua rakan seperjuangan saya, teruskanlah kempen untuk UBAH Negeri Sarawak.