Skip to content

Pindaan rang undang-undang Mahkamah Syariah: Rosnah haruslah dibuang jawatannya kerana tidak mempertahankan kepentingan Sabahan

Merujuk kepada pindaan rang undang-undang Mahkamah Syariah yang dicadang untuk pembahasan oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Azalina dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Shirlin, saya mengecam Rosnah sebagai Ahli Parlimen Papar yang berasal dari Sabah pun tidak mempertahankan kepentingan Sabahan. Oleh sebab itu, Rosnah haruslah dibuang jawatannya.

Beberapa parti-parti komponen BN Sabah pun telah mengemukakan bantahan, serta UPKO juga membantah usul tersebut. Namun, Rosnah sebagai wakil rakyat Papar, Sabah pula mengambil inisiatif untuk sokong cadangan tersebut, ini telah bertentangan dengan kepentingan rakyat Sabah dan mengkhianati maruah rakyat Sabah. Rosnah mementingkan kepentingan BN lebih daripada rakyat Sabah, oleh itu, Rosnah tidak sesuai lagi menjadi wakil rakyat Sabah. Saya memohon parti-parti komponen BN Sabah yang tidak setuju dengan usul tersebut supaya berani memberi tekanan kepada BN Sabah supaya Rosnah dipecatkan.

Rakyat Sabah telah mempertahankan prinsip kebebasan beragama ketika menyertai penubuhan Malaysia, jika mereka tahu rang undang-undang sedemikian diamalkan di Malaysia, rakyat Sabah dan Sarawak pasti tidak akan bersetuju. Malangnya, Rosnah bukan sahaja tidak menolak usul tersebut, sebaliknya memberi sokongan secara inisiatif!

Sedangkan parti-parti komponen BN Sabah telah melahirkan rasa tidak puas hati, mereka juga haruslah menunjukkan keazaman politik untuk mengambil inisiatif memecatkan Ahli Parlimen Papar Rosnah Shirlin. Perbuatan Rosnah telah melanggar semangat Perlembagaan dan mematahkan semangat Kontrak Malaysia M63 dengan mengorbankan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak yang menubuhkan Malaysia.

Saya mengecam Rosnah tidak mempertahankan kepentingan rakyat Sabah. Memberi sokongan kepada usul tersebut adalah semata-matanya satu pengkhianatan terhadap semua rakyat Sabah. Jika BN Sabah berdiam diri terhadap perbuatan Rosnah, BN Sabah memang tidak jaga kepentingan rakyat Sabah, tidak menghormati status dan maruah Sabah di Malaysia.

Saya juga mengingatkan bahawa Rosnah merupakan Ahli Parlimen UMNO, parti-parti komponen BN Sabah haruslah mengkaji semula hubungan dengan UMNO kerana UMNO telah memberi laluan kepada usul pindaan rang undang-undang Syariah, BN Sabah tidak patut membiarkan UMNO meneruskan begitu sahaja.