Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Pilihanraya Kecil kawasan Kuala Kangsar pada malam ini. Profesor Tarmizi, merupakan seorang ilmuan dalam bidang Nuklear Fizik telah dipilih sebagai calon Pakatan Harapan untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Calon Pakatan Harapan juga merupakan anak tempatan yang menonjolkan potensi yang baik dan berpeluang memenangi pilihanraya ini. Parti-parti lain yang bakal bertanding mungkin tidak dapat meletakkan calon yang lebih hebat daripada calon profesor Pakatan Harapan.
Dijangka pilihanraya kecil ini akan melihat perang 3 penjuru. Pada hari penamaan calon iaitu 5 Jun 2016 akan kita ketahui samada terdapat pihak-pihak lain juga turut turun ke medan perang.
Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa pertembungan yang sebenar adalah di antara dua komponen gergasi iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Ini adalah satu perjuangan keadilan menentang kejahatan dan kezaliman yang melanda di negara kita.
Pilihanraya Kecil ini juga perlu dianggap sebagai satu referendum untuk membuktikan rasa tidak puas hati rakyat terhadap skandal terbesar 1MDB dan pelaksanaan GST yang amat membebankan rakyat.
Jikalau Barisan Nasional menang dalam pilihanraya kecil, ini bermakna rakyat bersetuju dan tidak mahu mengambil peduli tentang pelesapan wang berbilion ringgit dalam skandal 1MDB. Selain daripada itu, kerajaan juga akan menganggap ini sebagai satu pengiktirafan rakyat terhadap cukai GST yang dikenakan.
Ini juga akan mendorong kerajaan untuk menaikan lagi kadar GST pada masa hadapan. Oleh yang demikian, anggaplah pilihanraya ini sebagai satu referendum untuk melawan skandal dan rasuah serta bantahan terhadap GST dan pemansuhan subsidi kerajaan yang berterusan.
Ini merupakan satu peluang kepada rakyat Perak untuk membetulkan yang tidak betul selama ini.