Saya kesal bahawa Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Dato Seri Zainal Abidin Osman, yang telah ditolak di kawasan Parlimen Nibong Tebal oleh rakyat Pulau Pinang dalam dua pilihanraya umum 2008 dan 2013, masih enggan memberhentikan politik fitnah dan dakwaan tidak berasas ke atas Kerajaan negeri Pakatan Harapan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Adalah tidak benar sekali dan tidak berasas dakwaan Zainal Abidin bahawa Kajian Kebolehlaksanaan untuk terowong bawah dasar laut yang 83% siap menunjukkan ia adalah tidak wajar dan tidak sesuai dilaksana atau dengan kata mudahnya “not feasible”
Adalah tidak benar juga dakwaan Zainal bahawa kerajaan negeri perlu bayar pampasan atau ganti rugi sekiranya projek terowong bawah dasar laut tidak dapat kebenaran Detailed Environment Impact Assessment (DEIA) daripada Jabaran Alam Sekitar. Sebenarnya ia tertakluk kepada kelulusan DEIA dan pihak kontraktor akan menanggung risiko semua kos sekiranya DEIA tidak dapat diperolehi.
Projek terowong bawah dasar laut dan tiga lebuhraya utama dalam pulau diberikan secara tender terbuka dengan harga RM6.3 bilion. Ketiga-tiga lebuhraya utama dijangka siap dibina pada 2022 manakala terowong bawah dasar laut dijangka siap pada 2027. Terowong bawah dasar laut hanya siap pada 2027 bila Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang dijangka sesak dengan trafik. Kesemua lebuhraya dan jambatan yang dibina oleh kerajaan negeri tidak dikenakan toll sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Pakatan.
Hanya pembinaan terowong bawah dasar laut yang pertama di Malaysia dikenakan toll kerana kosnya yang tinggi hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan kos pembinaan jambatan. Lagipun toll yang dikenakan tidak macam konsesi toll BN yang datang dengan traffic volume guarantee(jaminan bilangan kereta), yang membolehkan kontraktor mendapat pampasan apabila bilangan kereta yang menggunakannya kurang daripada satu tahap yang dipersetujui. Tanpa traffic volume guarantee, kontraktor terowong bawah dasar laut, dan bukannya kerajaan negeri, yang akan menanggung semua risiko kewangan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng menyatakan adalah jauh lebih murah untuk menggantikan terowong bawah dasar laut dengan satu jambatan ketiga. Walau bagaimananpun, Ketua Menteri Lim Guan Eng sedia menerima cabaran daripada pemimpin BN untuk tidak kenakan toll untuk jambatan ketiga di antara Pesiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara, sekiranya kerajaan persekutuan boleh memberikan kelulusan kepada kerajaan negeri untuk membinanya.
Menggantikan terowong bawah dasar laut dengan jambatan ketiga tidak akan mengakibatkan kos gantirugi bila ia juga mampu dibina oleh kontraktor sama, yang jauh lebih mudah bina jambatan dibandingkan dengan terowong bawah dasar laut. Ketua Menteri telah menyatakan kerajaan negeri mampu untuk bina jambatan ketiga tanpa toll kerana penjimatan kos yang besar daripada membina jambatan berbanding dengan membina terowong bawah dasar laut.
Sehingga sekarang kerajaan persekutuan enggan memberikan kelulusan dengan alasan kajian terperinci perlu dibentangkan terlebih dahulu untuk dikaji. Kajian terperinci untuk bina Jambatan Ketiga makan perbelanjaan ratusan juta dan siapa akan menanggung kos ratusan juta ini sekiranya kerajaan persekutuan enggan meluluskannya?
Adalah kelaziman dalam sector pembinaan, kontraktor bersedia menanggung risiko kos perbelanjaan sekiranya DEIA tidak diluluskan tetapi kelulusan secara prinsip harus diberikan terlebih dahulu. Oleh itu apa susahnya memberikan kelulusan secara prinsip kecuali BN takut bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mampu menunaikan janji untuk tidak kenakan toll bagi Jambatan Ketiga sekiranya kerajaan persekutan berikan kelulusan.
Mengapakah kerajaan persekutuan enggan berikan kelulusan bila mereka tidak perlu keluarkan satu sen pun dan kesemua perbelanjaan akan dibiayai oleh kerajaan negeri menerusi land swap atau gentian tanah daripada tambakan laut yang dijalankan oleh E&O Bhd?
Akhirnya saya ingin menegaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah menyatakan kerjaan negeri akan membuat saman malu ke atas Datuk Huan Cheng Guan atas fitnah dan tohmahannya. Ini adalah hak kontraktor yang menghadapi kerugian atas fitnah Huan yang menjatuhkan imej syarikatnya. Sebaliknya Huan yang sendiri mengugut hendak saman kerajaan negeri. Kerajaan negeri sedia pada bila-bila masa untuk menghadapi saman malu Huan di mahkamah. Kami sedang tunggu.