Pakatan Harapan berasa amat kesal dan menggesa 37,900 pengundi parlimen Kuala Kangsar menolak budaya samseng yang banyak kali sengaja merosakkan papan iklan parti Amanah sepanjang kempen PRK Kuala Kangsar.
Lebih 10 papan iklan Amanah telah kena koyak dan disabotaj oleh pihak lawan yang tidak bertanggungjawab sejak minggu lalu.
Papan iklan yang bertajuk ” Dimana 4.2 billion”, ” Tolak GST, tolak BN” serta ” BN rasuah, rakyat susah” masing-masing semua dimusnahkan walaupun ia mendapat kelulusan kerajaan tempatan dan bayaran permit telah dibuat. Banyak papan iklan dikoyak dalam waktu beberapa jam sahaja selepas ia dipasang.
Pakatan Harapan menggesa semua pengundi di Kuala Kangsar menolak perbuatan jahat ini dengan mengundi parti Amanah khususnya pada bulan Ramadan yang suci ini.
Pakatan Harapan juga menggesa pihak polis & SPR mengambil tindakan tegas ke atas perbuatan melanggar undang-undang ini supaya pilihanraya diadakan secara bersih dan adil.