Skip to content

“Adakah kita menggunakan sumber asli dengan cekap?”

Karnival Hijau Pulau Pinang kembali lagi pada 23 & 24 Julai (Sabtu & Ahad) di Pusat Konvensyen Sunway Karnival, 10 pagi- 6 petang oleh Penang Green Council (PGC). Ia akan menjadi hujung minggu yang penuh dengan inspirasi pendidikan dan permainan menarik melalui idea-idea yang inovatif, teknologi dan amalan untuk keluarga dan perniagaan sambil memulakan perubahan yang diperlukan dan mengamalkan amalan hijau.

Tema tahun ini adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca – Pulau Pinang Rumah Hijauku akan cuba untuk menjawab persoalan ini melalui dorongan dalam membangun, merekabentuk, dan mengekalkan gaya hidup rumah hijau. Ingatlah, kita hanya boleh menjadi sebuah bandar antarabangsa dan pintar apabila Pulau Pinang menjadi sebuah negeri hijau.

Di Pulau Pinang, sejumlah 656,090 tan sisa dijana pada tahun 2014 dan purata 1700-1800 tan sisa di hantar ke tapak pelupusan Pulau Burung setiap hari. Jangka hayat tapak pelupusan dapat bertahan sehingga 42 tahun jika ia dilengkapi dengan Kemudahan Perolehan Semula Sumber (MRF) dan boleh bertahan sehingga 60 tahun jika turut dilengkapi dengan penukar sisa makanan. Pengasingan Sisi di Punca merupakan salah satu cara untuk mengekalkan alam sekitar dan untuk mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan Pulau Burung.

TAYANGAN EKO-FILEM PERTAMA KARNIVAL HIJAU PULAU PINANG

Kami dengan bangganya mempersembahkan tayangan eko-filem pertama dengan kerjasama EcoKnights, yang berpusat di Kuala Lumpur.

EcoKnights akan mempersembahkan dua buah filem dan pelbagai filem pendek mengenai isu-isu semasa alam sekitar untuk tatapan penonton semasa acara selama dua hari ini berlangsung. Tayangan adalah PERCUMA dan sesuai untuk semua peringkat umur; makanan ringan percuma juga akan diberikan semasa tayangan!

TAKLIMAT KHAS OLEH PM. HAZE SINGAPURA DAN SEMINAR MINI SUNDAE

Kepulan asap dari kebakaran pertanian di Indonesia telah menyebabkan peningkatan pencemaran udara di Malaysia pada September lalu. Kebakaran ini boleh mengancam kesihatan manusia, spesis yang terancam dan iklim global. Untuk menangani isu ini, tetamu khas kami – Chris Cheng Chin Hsien dari PM. Haze (Peoples’ Movement to Stop Haze) Singapura akan berkongsi pengalaman beliau dalam memerangi pencemaran jerebu.

Penang Institute, iaitu sebuah badan pemikir dasar awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengendalikan Seminar Mini Sundae berdasarkan tiga laluan tematik pada tahun ini: kualiti udara luar, kualiti udara dalam, penjimatan tenaga dan pengurusan permintaan air. Sesi informatif dan interaktif ini akan menyedarkan dan memimpin kita untuk memulakan satu langkah kecil pada satu masa.

LEBIH DARIPADA 40 PARA PESERTA PAMERAN DAN RAKAN AKTIVITI YANG MENYOKONG PERJANJIAN PENGURUSAN SISA

Perjanjian Pengurusan Sisa diilhamkan oleh Melbourne Sustainable Living Festival (SLF), bertujuan untuk mengurangkan penghasilan sisa dan memaksimumkan amalan kitar semula selaras dengan pelaksanaan Pengasingan Sisa Di Punca. Perjanjian tersebut menggariskan pengasingan sisa semasa berlangsungnya program, menggalakkan penggunaan bahan lestari dan tidak menyediakan beg plastik percuma semasa program, sama seperti Pulau Pinang.

AKTIVITI

Karnival Hijau Pulau Pinang bertujuan untuk mempengaruhi semua orang, terutamanya keluarga, kanak-kanak dan remaja. Mari kita seiringan nuntuk tujuan baik di MGBC Eco Power Run! Larian 5km adalah bagi mendidik orang ramai untuk kekalkan kehijauan, sihat dan cergas. EcoWorld merupakan penaja untuk larian ini. Pendaftaran akan ditutup pada 16 Julai 2016. Sila layari www.event.howei.com/event/mgbc-eco-power-run-2016 untuk pendaftaran.

Aktiviti lain untuk karnival turut direka berdasarkan laluan tematik yang menjadi keutamaan tahun ini untuk memupuk budaya kemampanan dan penyelesaian hijau seperti bengkel amali. I’m A Little Green Chef, Bengkel Eko Minda Hijau mengenai Perkebunan Bandar dan Eko Enzim, Pertandingan Teknik Capan – See The Beauty in Our Food oleh Moku-moku, canting batik tangan oleh Rose Batik Canting dan kemunculan Maskot.

Rakan Utama Bersama kami, Majlis Perbandaran Seberang Perai, akan mempamerkan konsep Eco-City di Batu Kawan melalui pameran di Karnival Hijau. Karnival Hijau Pulau Pinang dianjurkan bersama-sama dengan Malaysia Green Building Confederation (MGBC) dan Green Building Index Sdn Bhd. Rakan Sokongan acara ini ialah Penang Institute, Sunshine Garden Centre Sdn Bhd, Jasper Promenade Sdn Bhd dan Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights (EcoKnights). Penganjur bersama seperti: WWF Malaysia, Sand Art Corner, Green Cap Ventures, Real Food Grocer dan Kitty Garden Store.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sunway Hotel Seberang Jaya sebagai Penaja Lokasi kami, Nets Printwork Sdn Bhd sebagai Rakan Percetakan dan Sunway Carnival Mall sebagai Rakan Publisiti acara ini. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada barisan penaja iaitu EcoWorld, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd, Sulomas Sdn Bhd, Kee Lin Ecogreen Sdn Bhd, Nakada Group (M) Sdn Bhd (Primada), Premium Burmas Coconut Sdn Bhd (Cocomas), Aim Max Media Sdn Bhd dan Optimal Media Sdn Bhd.

Penyertaan dan aktiviti pendaftaran adalah PERCUMA! Pra-daftar diri anda di www.pgigc.com.my untuk menerima hadiah misteri atau LIKE facebook: Penang International Green Carnival untuk maklumat lanjut. Jumpa anda di sana!

Terima Kasih