Dengan adanya keazaman untuk membentuk arus perubahan dalam kalangan komuniti Melayu dan usaha penyokong akar umbi pembangkang untuk menembusi kubu kuat Barisan Nasional(BN), ‘tsunami Melayu’ bakal dicetuskan dan kerajaan BN boleh ditumbangkan di peringkat negeri dan persekutuan.
Pada hari petang kelmarin, saya mengedarkan surat khabar Roket dengan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kawasan Beruas. Dalam usaha mendekati penduduk Melayu tempatan, saya dapat merasai keinginan penduduk untuk berubah. Berbanding dengan komuniti Cina yang memberi sokongan secara terbuka kepada Pakatan Harapan(PH), komuiti Melayu berubah secara beransur-ansur.
Bagi komuniti Melayu untuk memberi sokongan secara terbuka adalah amat mencabar kerana tekanan sosial. Walaupun mereka tidak menyuarakan pandangan mereka, tetapi mereka adalah undi penentu dalam PRU-14.
Dengan menganjurkan lebih banyak aktiviti dan berinteraksi dengan penduduk tempatan, kami dapat memahami kecenderungan fahaman politik mereka dengan lebih baik. Penduduk tempatan juga secara beransur-ansur dapat menerima kehadiran pembangkang.
Setiap bulan ahli-ahli DAP mengedarkan surat khabar Roket di setiap pasar malam yang berlainan. Pada mulanya, kami tidak dialu-alukan tetapi selepas berusaha secara berterusan, sikap penduduk tempatan berubah secara ketara dan menyambut baik kehadiran kami.
Dahulu DAP tidak disambut dengan baik tetapi kami dapat merasai perubahan reaksi penduduk tempatan. Kami yakin dengan pembentukan PPBM, kami dapat mencetuskan perubahan di kawasan luar bandar yang terdiri daripada golongan Melayu.
Rakyat memerlukan parti politik yang sesuai untuk berkhidmat di kawasan tempatan. Usaha PPBM dalam mendirikan cawangan di seluruh Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam meluaskan pengaruh Pakatan Harapan. PPBM bukan sahaja mempunyai ahli akar umbi yang memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Pakatan Harapan, malah ahli mereka juga terdiri daripada penyokong yang telah hilang keluar Barisan Nasional untuk bersama PPBM.
PRU-14 adalah medan tempur yang baru dan kami yakin bahawa PPBM dapat meraih sokongan komuniti Melayu kerana PPBM memahami isu-isu yang dihadapi oleh penduduk tempatan. Kini pembangkang dapat masuk kawasan FELDA dan kampung Melayu. Sekiranya Pakatan Harapan memanfaatkan kekuataan satu sama lain, kami dapat menyampaikan mesej perubahan dan menembusi kubu kuat Barisan Nasional.
Dengan kombinasi elemen-elemen di atas, kami dapat mencetuskan ‘tsunami Melayu’ . DAP bersama-sama dengan parti komponen Pakatan Harapan akan menjalankan aktiviti secara konsisten dan terus berinteraksi dengan komuniti Melayu di kawasan luar bandar untuk mendapatkan sokongan mereka.