Skip to content

3 ditembak mati di Durian Tunggal

Tiga lelaki ditembak mati dalam operasi polis di Durian Tunggal pada 24 November 2025. Kes itu kini disiasat sebagai kes bunuh. Polis telah merakam keterangan 63 saksi, manakala inkues akan meneliti punca dan keadaan kematian, termasuk sama ada terdapat unsur jenayah.

Jabatan Peguam Negara dan polis mesti segera mengambil tindakan yang sah untuk menghalang semua anggota polis yang melepaskan tembakan atau terlibat secara langsung daripada meninggalkan Malaysia. Mohon sekatan perjalanan dan perintah mahkamah bagi penyerahan pasport sekarang. Jangan sekadar bergantung pada janji bahawa mereka akan memberikan kerjasama.

Langkah ini bukan bermakna mereka telah bersalah. Ia hanya untuk memastikan mereka kekal dalam bidang kuasa Malaysia sehingga inkues, siasatan dan sebarang prosiding jenayah selesai.

Malaysia pernah gagal bertindak lebih awal dalam kes Sirul Azhar Umar. Beliau meninggalkan Malaysia ketika rayuan pihak pendakwaan masih berjalan dan berada di Australia apabila Mahkamah Persekutuan mensabitkannya atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Jangan biarkan seorang lagi Sirul terlepas ke luar negara. Sekat perjalanan mereka sekarang.