Kami menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada hari ini yang memerintahkan Kerajaan Persekutuan menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun di seluruh negara menjelang 31 Disember 2021.
Ini sememangnya merupakan peristiwa bersejarah dan berita baik kepada inisiatif #Undi18 dan usaha kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada Julai 2019 bagi menurunkan had umur pengundi dan calon kerusi Parlimen dari 21 tahun ke 18 tahun.
Keputusan mahkamah tersebut juga menyusul daripada kelulusan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 1 September 2021 terhadap pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk menurunkan had umur calon kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari 21 tahun ke 18 tahun.
Kini, kedua-dua cabang perundangan dan kehakiman telah mengesahkan hak mengundi kepada warga negara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
Justeru, kami menggesa cabang eksekutif, yakni Kabinet Kerajaan Persekutuan, dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan seterusnya mengambil tindakan serta-merta bagi melaksanakan perundangan Undi 18 supaya warga negara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-15 nanti.
Zairil Khir Johari
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang & ADUN Tanjong Bungah
Steven Sim
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Chris Lee
ADUN Pulau Tikus
Daniel Gooi
ADUN Pengkalan Kota
Satees Muniandy
ADUN Bagan Dalam
Lee Wei Seang
Ketua DAPSY Pulau Pinang & Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Alan Lim Wei Lun
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Connie Tan
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Tan Soo Siang
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nicholas Theng
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Wong Yuee Harng
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Quah Boon Lim
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Heng Yeh Shiuan
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai
Jason Raj A/L Kirupanantha
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai
Ngoh Cheng Hai
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai
Ooi Yong Wooi
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai
Chee Keeh Keen
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai
Ng Yee Siang
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai
Rachel Teh
Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai