Skip to content

50% keluarga Johor terjejas sebab kenaikan kadar tol dan Permit Masuk Kenderaan Asing diumum oleh kedua negara manakala kerajaan BN dan Singapura seharusnya menambah baik pergerakan komuter

Kerajaan tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kenaikan kadar tol kalau kerajaan sendiri tidak menyediakan perjalanan alternatif untuk pergerakan. Kenaikan kadar tol di CIQ setinggi 480% amat tidak masuk akal .

Dasar ini akan menggalakkan lebih ramai orang memilih motosikal maka lebih ramai orang terbunuh dalam kemalangan sebab kadar kematian penunggang motosikal sekali ganda lebih tinggi daripada kenderaan lain.

Untuk mengelakkan akibat yang tidak diingini, kerajaan BN sepatutnya mengambil berat terhadap cadangan berikut.

Pertamanya, kerajaan BN mesti menyelidik semula pelaksanan sistem Komuter KTM di wilayah Iskandar atau “Greater Johor Bahru” dengan landasan keretapi sedia ada. Landasan keretapi sedia ada dalam zon selatan Johor agak-agaknya sepanjang 102 km manakala hanya 5 stesen keretapi dibuka.

Lima stesen itu adalah Kulai, Kempas, JB Sentral, Pasir Gudang (kargo), Tg Kupang (kargo).

Landasan keretapi sedia ada ini sebenarnya menyambung beberapa kawasan perumahan kepadatan tinggi, seperti Masai, Johor Jaya, Nusa Bestari, Skudai dan Bukit Indah. Kerajaan persekutuan sepatutnya memulihkan kegunaan pengangkutan awam wilayah Iskandar dengan kemudahan yang lama diabaikan.

Kedua, kedua-dua kerajaan seharusnya menambah baik sambungan khidmat pengangkutan awam dari rumah ke tempat kerja. Sebahagian besar dari warga Malaysia bekerja di Singapura menunggang motosikal sebab transit pengangkutan awam ambil terlalu panjang masa mereka agar pergi tempat kerja atau balik dari tempat kerja.

Perkhidmatan bas langsung ke beberapa zon perindustrian terletak jauh pusat bandaraya perlu dilancarkan agar mengurangkan kematian kemalangan jalanraya.

Ketiga, Saya setuju dengan cadangan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar agar membuka Tambak Johor untuk pejalan kaki. Maka, kerajaan BN dan Singapura seharusnya mengkaji pembinaan walkalator agar membantu pejalan kaki yang mengguna Tambak Johor sepanjang 1.7km ini.

Menurut satu laporan penyelidik yang telah saya baca, hampir 50% keluarga anak Johor mempunyai saudara-mara yang bekerja di Singapura maka 30% keluarga Johor mempunyai ahli keluarga berulang-alik ke Singapura tiap-tiap hari.

Walaupun saya tidak boleh mendedahkan laporan tersebut, maka saya mencadangkan bahawa kerajaan negeri membuat satu kajian menyeluruhi agar memahami betapa besar kesan kepada rakyat sendiri selepas kadar tol dinaikkan.