Seramai 90% pengguna berasa tertekan akibat perlaksanaan GST mulai 1hb April tahun ini.
Mengikut kaji selidik jobstreet.com, akibat GST, seramai 90% pengguna berasa kehidupan mereka tertekan dan pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan. Selain itu, sebanyak 24% berasa mereka terpaksa kerja lebih masa atau mencari pekerjaan sambilan untuk mencari nafkah hidup keluarga.
Hasil kaji selidik ini terbukti janji kerajaan BN bahawa selepas perlaksanaan GST, harga barang akan turun rata-rata meleset dan tidak berasas.
Menurut FOMCA, akibat perlaksanaan GST, kenaikan harga lebih kurang setinggi 30% secara purata telah berlaku. Ini adalah disebabkan oleh kos tambahan yang wujud untuk mematuhi dasar baru cukai ini.
Kerajaan perlu mengurangkan pembaziran dengan segera memandangkan laporan audit negara telah mendedahkan bahawa akibat amalan boros, penyelewengan & ketirisan, negara kita terpaksa menanggung kerugian RM28 billion setahun. Keadaan ini perlu dipandang serius & tindakan tegas perlu diambil segera.