Sektor penghasilan makanan adalah amat penting untuk menjamin keselamatan dan keselesaaan rakyat. Kerajaan harus memberi perhatian yang serius dalam memastikan bekalan makanan mencukupi pada setiap masa.
Usaha-usaha yang lebih giat perlu diambil untuk memastikan penggantungan negara kita kepada negara-negara lain diminimakan dalam hal ini. Kita harus mengambil segala langkah yang mungkin untuk meningkatkan penghasilan bahan makanan.
Salah satu usaha Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan penghasilan makanan di negara kita ialah Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Program ini bermatlamat untuk mereformasikan sektor pertanian dengan menggalakkan pelaksanaan projek pertanian berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi.
Objektif utama Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan ialah untuk membangunkan usahawan yang berdaya maju dan mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan berjumlah RM3.92 juta (2012-2014) untuk Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Negeri Perak. Manakala, Kerajaan Negeri Perak pula telah menyediakan tanah keluasan 3,255 hektar.
Saya ingin mendapatkan pencerahan dalam beberapa perkara seperti berikut:
- Berapakah luas kawasan tanah yang disediakan itu tidak diusahakan dan diselenggarakan lagi?
- Berapakah jumlah orang peserta yang terlibat di bawah program ini?
- Berapakah orang peserta yang berjaya mencapai sasaran pendapatan melebehi RM3,000 sebulan?
- Berapakah peruntukan Persekutuan untuk program ini bagi tahun 2015 dan 2016?
Saya memohon supaya Jabatan Pertanian Negeri Perak membekalkan maklumat-maklumat yang dikehendaki.