Saya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan Sdr Akmal Saufi.
Dalam hal ini, saya memetik 15 soalan anak Menteri Besar Johor itu kepada Perdana Menteri berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi pada 2015.
Ia turut disiarkan di portal berita http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/anak-mb-johor-tanya-15-soalan-kepada-najib-1.416247 dan http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/04/anak-mb-johor-tanya-najib/
Saya ingin bertanya, adakah beliau masih konsisten sehingga hari ini mempertahankan 15 soalan yang dibangkitkan kepada Perdana Menteri berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB?
Bahkan dengan pendedahan-pendedahan baru yang timbul hari ini, adakah beliau bersetuju perjuangan para pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal 1MDB adalah keutamaan pada masa ini bagi membebaskan Malaysia dari jolokan negara kleptokrasi?