Skip to content

Adakah Najib bersetuju bahawa menjadi satu pengkhianatan kepada legasi integriti bapanya, Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, jika nama Malaysia tidak dibersihkan daripada terus menjadi sebuah kleptokrasi

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, telah mendakwa yang penyiasatan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 tidak menemui sebarang bukti yang dia terlibat dalam urus niaga kapal selam Scorpene pada tahun 2002, menambah lagi yang perkara ini adalah propaganda pembangkang untuk mencemarkan namanya.

Saya tidak pernah ada dalam kerajaan Pakatan Harapan dan saya tidak tahu mengenai apa-apa maklumat atau dapatan siasatan mengenai sama ada Najib, yang merupakan Menteri Pertahanan pada tahun 2002, terlibat dalam skandal kapal selam Scorpene, kerana saya tidak bertanya kepada Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, atau Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu mengenai perkara ini.

Mungkin SPRM boleh mendedahkan maklumat mengenai isu ini sekarang.

Namun, saya ada satu soalan kepada Najib – sama ada dia setuju yang akan menjadi satu pengkhianatan kepada legasi integriti bapanya, Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, sekiranya nama Malaysia tidak dibersihkan daripada terus dikenali sebagai sebuah kleptokrasi dengan negara kita menggalas amanah sebagai ahli komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab dengan menyelesaikan dua skandal korupsi besar negara, pertamanya skandal kapal selam Scorpene pada tahun dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keduanya skandal 1MDB?