Skip to content

Adakah PAS rela mengadakan protes menentang kenaikan harga roti daripada melakukan protes besar-besaran menentang artis-artis antarabangsa yang datang menganjurkan konsert di Malaysia?

Adakah PAS rela mengadakan protes menentang kenaikan harga roti daripada melakukan protes besar-besaran menentang artis-artis antarabangsa yang datang menganjurkan konsert di Malaysia?

Hal ini amat penting kerana masalah kenaikan harga makanan ruji seperti roti adalah masalah yang memberikan kesan kepada segenap lapisan masyarakat ditambah pula dengan kenaikan harga barang-barang lain di pasaran, manakala kehadiran ke sesebuah konsert adalah pilihan seseorang individu.

Akan tetapi, perkara ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk diperjuangkan oleh PAS. Sebaliknya, PAS lebih mengambil berat isu remeh-temeh seperti muzik daripada negara barat.

Sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin PAS berhenti memperalatkan agama bagi memperjuangkan sesuatu perkara yang sia-sia dan tidak memberikan manfaat kepada ramai orang. Terdapat banyak lagi masalah yang sedang menular di dalam negara yang perlu dititikberatkan seperti rasuah dan inflasi.

PAS kini merupakan kerajaan yang memerintah negara tetapi PAS hanya tahu menjadikan perkara sia-sia sebagai tumpuan. Maka jelasnya PAS sebuah parti yang tidak berguna dan di penghujungnya, lebih ramai orang akan hidup tersepit di dalam kesusahan di bawah pimpinan PAS. Tiada satu pun langkah atau polisi yang baik untuk negara pernah dilakukan oleh PAS semenjak mereka bersekongkol dengan UMNO yang korup untuk merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.