Skip to content

Adakah pihak berkuasa atau polis akan ambil tindakan terhadap PAS kerana pemimpin dan penyokong mereka mengeluarkan ucapan kebencian dan menghasut pembunuhan terhadap orang bukan Islam?

Pemimpin Perikatan Nasional daripada PAS harus menghentikan politik kotor mereka menggunakan kaum, agama dan kebencian terhadap wanita untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Menggunakan ucapan kebencian dan retorik perpecahan terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu akan menjejaskan keharmonian kaum dan agama serta menjejaskan perpaduan nasional dan integrasi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Penyokong selebriti PAS dan pelakon Zul Huzaimy baru-baru ini menyatakan hasrat dalam satu acara politik di Terengganu pada 4 November untuk “sembelih kafir harbi”, atau orang kafir (bukan Islam) yang menentang pemerintahan Islam yang kononnya dibawa oleh PAS. Zul berkata beliau memendam keinginan untuk menyembelih kafir harbi dan hanya undang-undang negara yang menghalangnya daripada berbuat demikian.

Dalam demokrasi, setiap rakyat diberi perlindungan untuk mengamalkan kebebasan dan hak memilih kerajaan. Itu termasuklah menentang PAS. Bagi seorang penyokong selebriti PAS mengeluarkan ugutan untuk membunuh mereka yang menentang pemerintahan Islam (versi yang dibawa PAS), bukan sahaja kasar tetapi juga bertentangan dengan konsep kedaulatan undang-undang dan semua nilai agama, termasuk Islam. Tiada sesiapa pun berhak dibunuh kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Hanya dengan mengambil tindakan tegas terhadap PAS boleh menghalang PAS daripada mempromosikan ucapan kebencian seperti itu daripada terus menular. Pemimpin PAS secara terbuka menyasarkan orang bukan Islam dan bukan Melayu dalam usaha terdesak untuk memenangi undi Melayu. Presiden PAS Abdul Hadi Awang malah menyalahkan orang bukan Melayu sebagai punca kepada semua rasuah di Malaysia. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor secara terbuka menghina dan merendahkan wanita yang ingin bertanding sebagai Ahli Parlimen di Sik kerana wanita mengambil masa terlalu lama (2 jam) untuk bersolek atau memakai kosmetik.

Pengundi bukan Melayu tahu bahawa PN tidak ikhlas dan tidak memerlukan undi bukan Melayu. Tetapi orang bukan Melayu semakin gelisah bahawa ucapan kebencian seperti itu boleh dibiarkan tanpa dihukum. Adakah pihak berkuasa dan polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan ucapan kebencian dan secara terang-terangan menghasut pembunuhan terhadap orang bukan Islam, supaya kita dapat melindungi demokrasi dan rakyat kita yang tidak bersalah serta mengelakkan tindakan menyalahi undang-undang tersebut daripada merosakkan negara kita?