Ahli Parlimen DAP Beruas Ngeh Koo Han dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran menggesa Menteri Sumber Manusia M. Saravanan menunaikan janjinya untuk meletak jawatan seperti yang dijanjikan selepas dia mengakui banyak kelemahan dalam Kementeriannya dalam mendapatkan, meluluskan dan memastikan pekerja asing dapat masuk ke Malaysia. Ngeh telah menggariskan 15 kelemahan dalam Kementerian dan menyediakan 7 cadangan penambahbaikan dalam kenyataannya pada 5 Oktober 2022.
Salah satu kelemahan yang paling ketara ialah kegagalan memastikan pekerja asing dapat masuk selepas kelulusan diberikan. Ini diakui Saravanan apabila angka Kementeriannya sendiri menunjukkan bahawa daripada pekerja yang diluluskan, peratusan pekerja memasuki negara ini adalah kurang daripada 20% dalam banyak sektor seperti pembinaan dan perladangan. Jadi apa gunanya memberi kelulusan ratusan ribu malah berjuta-juta untuk pekerja asing jika mereka tidak dapat masuk ke Malaysia?
Kegagalan ini adalah punca utama kekurangan pekerja asing yang teruk sekarang yang telah menjejaskan bukan sahaja keseluruhan industri tetapi juga operasi PKS, pekebun kecil dan penjaja. Hasilnya, Saravanan bersetuju dengan cadangan kami untuk melakukan desentralisasi ke negeri masing-masing dan memproses permohonan secara dalam talian. Ini harus dilaksanakan dengan segara dan bukannya pemprosesan sekarang yang perlu melalui Lembah Klang.
Dia juga bersetuju agar saluran aduan sedia ada di Kementerian Sumber Manusia di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (https://ejas.mohr.gov.my/) diperluaskan untuk merangkumi majikan yang menghadapi masalah berkaitan mendapatkan kelulusan pekerja asing dan memastikan pekerja yang diluluskan untuk memasuki Malaysia selepas diluluskan. Saravanan berkata semua aduan akan dijawab dalam tempoh 7 hari oleh Kementerian. Pengadu boleh mengabaikan mana-mana pihak ketiga yang entah bagaimana mengetahui aduan mereka dan mendakwa dapat menyelesaikan masalah mereka dengan bayaran.
Sekiranya tiada maklum balas selepas membuat aduan kepada laman web di (https://ejas.mohr.gov.my/) selepas 7 hari, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Dato Seri Asri Rahman telah meminta aduan terus boleh dibuat kepada salah seorang pegawai berkaitan berikut.
a) Puan Hasmiza binti Hassan [email protected], One Stop Centre Bahagian Pengurusan Pekerja Migran (BPPM).
b) Puan Nurafezah binti Jaafar [email protected], Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
c) Encik Shukri [email protected], Bestinet.
Jika masih tiada sebarang maklum balas, orang ramai atau majikan boleh membuat aduan kepada pegawai saya di [email protected], untuk kami ajukan secara terus dengan pihak Kementerian.