Skip to content

Adakah Syarikat Ufun Group Bhd Ltd, yang didakwa menjalankan skim penipuan Ponzi mempunyai sebarang kaitan dengan Mohd Nazifuddin Mohd Najib, anak kedua PM?

Stesyen TV Thailand, NOW 26 dalam satu laporan beritanya telah menimbulkan persoalan tentang sama ada syarikat Ufun Group Bhd Ltd, yang didakwa menjalankan skim penipuan Ponzi mempunyai sebarang kaitan dengan Mohd Nazifuddin Mohd Najib, anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nazifuddin semalam telah dilaporkan menafikan sebarang kaitan dengan Ufun Group, selain telah pun meletakkan jawatan pengarah dan pengerusi syarikat Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd yang mempunyai kaitan dengan Ufun, hampir tiga tahun lalu.

Hal ini juga katanya telah pun dimaklumkan kepada pihak polis, Bank Negara dan juga kedutaan Thailand sendiri beberapa tahun lalu.

Laporan berita Thailand tersebut jelas bukan sahaja mempersoalkan profesionalisme dan kredibiliti pihak berkuasa negara, daripada Bank Negara sehinggalah ke PDRM, malah merosakkan reputasi Perdana Menteri sendiri.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan mesti memberi tekanan kepada Thailand supaya tindakan diambil terhadap stesyen TV NOW 26 kerana membuat laporan palsu, manakala Nazifuddin tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengambil tindakan undang-undang terhadap stesyen TV terbabit bagi membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti Ponzi oleh Ufun.

Jika ini tidak dilakukan, ini bermakna laporan berita NOW 26 adalah benar belaka.