Skip to content

Aduan-aduan disiplin dari negeri Perak

Jawatakankusa Disiplin DAP Kebangsaan dalam mesyuarat bertarikh 07.07.2020 telah membuat keputusan berkenaan dengan aduan-aduan disiplin yang telah dipanjangkan kepada Jawatankuasa ini khasnya berkenaan dengan insiden-insiden yang berlaku selepas kejatuhan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Harapan pada bulan Mac 2020.

(A) Ahli-Ahli yang tersenarai di bawah telah dipecat berkuatkuasa serta merta:-

(i) Kong Lai Ling
(ii) Ng Sook Whye
(iii) Khi Poh Chong

Ketiga-tiga ahli di atas telah berlibat dalam “counter protest” di Pusat Khidmat Paul Yong Choo Kiong terhadap bantahan lompat parti yang disertai oleh akar umbi DAP di Kawasan Tronoh. Kesemua mereka didapati aktif membantu Paul Yong Choo Kiong yang telah dipecat oleh Jawatankuasa ini walaupun Jawatankuasa ini telah memberikan amaran kepada ahli-ahli sebelum ini supaya tidak lagi bersama dengan ahli-ahli wakil rakyat yang telah lompat parti / dipecat. Kong Lai Ling juga telah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Batu Gajah Kerajaan PN.

(B) Jawatankuasa Disiplin juga telah mengenalpasti Ahli-Ahli yang hadir dalam Sidang Akhbar pengumuman kemasukan A Sivasuramaniam ke Parti Gerakan pada 26.06.2020, dan kesemua mereka akan dikeluarkan surat tunjuk-sebab (show-cause) atas tindakan mereka tersebut:-

(i) Dan Adriel A/L Daniel Velloo
(ii) Angeline Phillip A/P Joe Phillip
(iii) Murugiah A/L Palany
(iv) Joseph Hendry A/L Kovil Pillai John
(v) Amir Bin Abdullah
(vi) Marimutu A/L Ranggasamay
(vii) Theivanai A/P Selban
(viii) William John A/L Johin Bin

(C) Jawatankuasa Dispilin juga memutuskan untuk menggantungkan keahlian Loh Eng Soon selama satu tahun kerana beliau dengan sengaja melemparkan fitnah jahat dan memburuk-burukkan nama pimpinan Negeri dalam akaun Facebook beliau. Tulisan beliau dalam Facebook beliau juga telah mencemarkan nama baik parti DAP.

Jawatankuasa Disiplin sekali lagi menegaskan bahawa Jawatankuasa ini tidak akan bertoleransi dengan mana-mana ahli yang menerima jawatan dengan Kerajaan PN, atau masih bersama-sama / membantu Ahli-Ahli Wakil Rakyat yang telah mengkhianati perjuangan Parti. Tindakan tegas akan diambil sekiranya Jawatankuasa ini menerima aduan.