Skip to content

Aduan-aduan displin dari Negeri Perak

Jawatakankusa Disiplin DAP Kebangsaan dalam mesyuarat bertarikh 31hb Ogos, 2020 telah membuat keputusan berikut :

  1. Bahawa Jawatankuasa Disiplin telah mengenalpasti Ahli-Ahli berikut hadir dalam Sidang Akhbar pengumuman kemasukan A Sivasuramaniam, ADUN Buntong ke dalam Parti Gerakan Malaysia pada 26.06.2020
    • Dan Adriel A/L Daniel Velloo (No. Keahlian 0134822)
    • Angeline Phillip A/P Joe Phillip (No. Keahlian 0109350)
    • Murugiah A/L Palany (No. Keahlian 0109351)
    • Joseph Hendry A/L Kovil Pillai John (No. Keahlian 0076236)
    • Amir Bin Abdullah (No. Keahlian 0076234)
    • Marimutu A/L Ranggasamay (No. Keahlian 0145042)
    • Theivanai A/P Selban (No. Keahlian 0116008)
    • William John A/L Johin Bin (No. Keahlian 0172828)
  2. Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada ke semua lapan (8) ahli-ahli tersebut tetapi mereka telah gagal memberi sebab kenapa tindakan disiplin tidak harus di ambil terhadap mereka.
  3. Selepas mempertimbangkan kes-kes tersebut, Jawatankuasa Disiplin memutuskan keahlian mereka dalam parti ditamatkan dengan serta merta.

Jawatankuasa Disiplin sekali lagi menegaskan bahawa Jawatankuasa ini tidak akan teragak-teragak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli yang mengkhianati perjuangan parti atau bersama mana-mana ahli yang menerima jawatan dengan Kerajaan Perikatan Nasional , atau masih bersama-sama / membantu Ahli-Ahli Wakil Rakyat yang telah mengkhianati perjuangan Parti.