Skip to content

Agensi-agensi persekutuan dan negeri Pulau Pinang harus mengambil langkah berwaspada dan bersiap siaga dengan kenaikan kes harian Covid-19

Semalam (16 Julai 2022) kes harian Covid-19 di Pulau Pinang mencecah 265 kes dan ini merupakan angka tertinggi dalam tempoh masa tiga bulan sejak pertengahan bulan April tahun ini.

96.6% daripada 265 kes positif tersebut merupakan pesakit kategori 1 dan 2.

Kadar kemasukan ke hospital untuk negeri Pulau Pinang juga dalam trend meningkat sejak awal bulan Julai 2022.

Agensi-agensi persekutuan dan negeri harus mengambil langkah berwaspada dan bersiap siaga agar tidak berlaku penularan berleluasa dan sektor perubatan awam kita mampu berdepan dengan kes semasa.

Saya telah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menyampaikan mesej ini.

Setakat ini, kemudahan hospital masih lagi mencukupi dan tiada sebarang kebimbangan akan berlaku keadaan seperti tahun lepas di mana katil atau sumber hospital tidak mencukupi.

JKNPP juga sedang menggalakkan golongan rentan dan berisiko tinggi untuk mendapatkan suntikan vaksin booster kedua. Golongan ini boleh mendapatkan maklumat PPV dan membuat temu janji vaksinasi melalui laman web ini: https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Saya juga ingin menasihatkan orang awam untuk memantau gejala sendiri dan melakukan ujian saringan kendiri jika bergejala supaya mereka boleh mendapatkan perhatian perubatan secepat mungkin jika perlu. Peningkatan kadar kemasukan ke hospital yang kita perhatikan mungkin disebabkan kes positif yang tidak dilaporkan (under reporting) dan akibatnya kesihatan pesakit menjadi semakin teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital.