Skip to content

Ahli politik harus HENTI memusuhi SJK (C) & (T)

Timbalan Presiden PAS mencadangkan agar Bahasa Cina & Tamil untuk diajar di Sekolah Kebangsaan (SK).

Sesungguhnya daripada mengajar kedua-dua bahasa tersebut, adalah lebih baik sekiranya semua parti politik mempunyai konsensus bersama untuk TIDAK memusuhi SJK (C) & (T) yang sedia ada.

“Ada sahaja ahli politik yang gemar memainkan retorik pemansuhan sekolah vernakular kendatipun kedudukan SJK (C) & (T) telah dijamin di bawah lunas undang-undang yang sedia ada dan telah disahkan oleh mahkamah negara kita. Mungkin ahli politik sedemikian dah biasa bertindak sebagai samseng dan kurang berpengetahuan.”

Memang benar bahawa semua rakyat Malaysia harus memahami lagu negara.

Sehubungan dengan itu, sesiapa pihak yang memperlekehkan Lagu Negaraku mahupun Lagu Kebesaran Negeri Perak pun harus dikecam sekeras-kerasnya.

Tindakan Ratu Naga yang mencuba untuk menganiaya murid-murid SJK (C) dengan mengatakan bahawa murid-murid menyanyi Lagu Negaraku dalam bahasa Cina adalah wajib dibidas oleh semua pihak.

Ahli politik negara kita tidak seharusnya sengaja menuduh sesuatu bangsa terlibat dengan insiden menyerang Sultan Perak mahupun menakut-nakutkan peniaga untuk menutup kedai atas kesilapan yang sudah disiasat polis.

Negara kita sudah merdeka selama 68 tahun dan maka setiap pihak haruslah berperanan dalam membina jambatan perpaduan demi muafakat masyarakat majmuk.