Azmin Ali dalam kenyataannya semalam menggesa agar tidak melengahkan pembentukan kerajaan baharu melalui ‘pintu belakang’ dengan bergabung bersama UMNO dan PAS. Hari ini pula mereka ada akuan berkanun yang menyatakan perkara yang berbeza. Ini semua adalah pembohongan, pengkhianatan dan tindakan menyamun mandat rakyat!
UMNO tempoh hari mendakwa ada majoriti; mahu berjumpa DYMM Agong untuk membentuk kerajaan ‘pintu belakang’ dengan PAS. Sekarang ini, sudah terkantoi mereka tak cukup bilangan, tak cukup sokongan, dan kemudian mahu mendesak pilihan raya kilat pula. Lagi pembohongan dan pengkhianatan.
Percaturan jijik ‘kakistokrasi’ oleh gabungan pembohong, penyamun dan pembelot ini telah gagal sama sekali. Niat mahu membentuk kerajaan ‘pintu belakang’ sepertimana rejim kleptokrat terdahulu adalah satu penyelewengan dan penderhakaan kepada keluhuran Perlembagaan dan prinsip Demokrasi Berparlimen.
Saya dan rakan-rakan kepimpinan Pakatan Harapan akan tetap teguh berpegang kepada prinsip demokrasi dan mandat yang telah diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15. Rakyat adalah saksi dan akan menjadi hakim kepada nasib negara.
Di akhir ketidaktentuan politik ini, keadilan dan suara rakyat akan tetap menang. Azmin dan konconya-konconya yang bersebelasan ini sanggup menggadaikan maruah melukut di tepi gantang kleptokrat akan dihukum rakyat kerana meletakkan kepentingan peribadi dan cita-cita politik sendiri mengatasi agenda reformasi dan amanah mereka kepada rakyat.