1. Retorik “prinsip tidak akan berganjak” yang dilaungkan Akmal Saleh sekali lagi menjadi bahan lawak politik yang mencemarkan makna sebenar “prinsip”.
2. Selepas berteriak untuk keluar Kerajaan Perpaduan dan berbohong adanya “restu Presiden” untuk menganjurkan Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berniat untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional, Akmal Saleh terbukti lebih sayang kepada jawatan kerajaan sendiri dan tidak lagi berbicara tentang penarikan diri daripada Kerajaan Perpaduan selepas keputusan Biro Politik UMNO menyangkal laungannya, sekaligus mematahkan naratifnya yang berbaur “Perikatan Nasional”.
3. Selepas Akmal ‘gegar’ beberapa hari, pimpinan UMNO kekal sunyi; tiada seorang pun yang mahu menyahut naratifnya. Akmal kemudian cuba “play victim”(bermain watak mangsa), mengugut untuk meletak jawatan, namun sekali lagi diingatkan oleh Presiden sendiri supaya belajar untuk menerima teguran dan perbezaan pandangan.
4. Persoalannya, jika Akmal benar-benar berpegang kepada prinsip, mengapa memegang jawatan dalam kerajaan perpaduan sejak awal? Tatkala PAU sebelum ini telah memutuskan untuk kekalkan kerajaan ini hingga tamat penggal, di manakah “prinsip” Akmal ketika itu? Prinsip yang berubah-ubah mengikut musim bukanlah prinsip.
5. Negara kita tidak memerlukan ahli politik sebegini yang tidak berprinsip, tidak berintegriti dan hanya tahu memainkan sentimen perkauman. Jika sudah memilih untuk mengundurkan diri, sila undur secepat mungkin agar kerajaan kini terus memfokuskan prakarsa reformasi demi kesejahteraan rakyat tanpa dikacau oleh musuh dalam selimut. Keluarlah kerajaan serta-merta dan menyertai PAS tapi pun dengan syarat bahawa PAS rela terima kemasukan seorang samseng politik.