Skip to content

Jangan biar perbezaan politik undurkan pembangunan negara dan pecah belahkan rakyat

Saya mengkritik perwakilan sayap Wanita PAS Salamiah Md Nor yang telah menggesa kerajaan memansuhkan sekolah vernakular dan menolak Bahasa Cina sebagai bahasa kedua pada hari ini. Puan Salamiah menunjukkan pemikiran yang bertentangan dengan kebudayaan dan kepelbagaian Malaysia.

Keunikan Malaysia yang dikenali sebagai negara pelbagai kaum dan bahasa patut dibanggakan dan tidak patut diabaikan. Politik Malaysia juga perlu bersifat toleransi dan makin matang supaya mewakili semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama. Sikap dan kenyataan pihak PAS pada hari ini tidak produktif dan tidak bantu visi Malaysia Baru.

Perlembagaan Malaysia melindungi hak rakyat berbilang kaum mempelajari bahasa ibunda, malahan sekolah vernakular termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang diwujudkan sejak dulu itu juga dilindungi Perlembagaan.

Sekiranya PAS berpendapat bahawa cadangan tersebut merupakan kehendakan masyarakat umum Malaysia, PAS sepatutnya masukkan cadangan tersebut ke dalam manifesto mereka untuk dipilih oleh rakyat pada PRU akan datang.

Selain itu, saya menggesa Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hassan serta Presiden MCA Dr. Wee Ka Siong menjelaskan pendirian parti masing-masing jika tidak setuju dengan cadangan Puan Salamiah dan berhasrat hentikan kerjasama dengan PAS. Mereka diseru mengambil tindakan praktikal dan bukan semata-matanya membuat kenyataan yang disia-siakan.

Di zaman Malaysia Baharu ini, saya amat berharap semua pihak mahupun kerajaan atau pembangkang supaya berfikiran matang dan mengutamakan kepentingan rakyat. Jangan biar perbezaan politik undurkan pembangunan negara dan pecah belahkan rakyat.