1. Saya sebagai Timbalan Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia , yang mendakwa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebagai seorang yang sombong sebaliknya Datuk Dr Mohammad Akmal Saleh sebagai seorang pemimpin muda dalam Kerajaan Perpaduan perlu menghormati pemimpin tertinggi parti yang salah satu anggota Kerajaan Perpaduan.
2. Saya dan rakan-rakan muda dalam DAP agak terkilan dengan sikap seorang pemimpin muda yang juga seorang EXCO dalam Kerajaan Melaka yang juga turut dianggotai wakil rakyat DAP mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan ke atas Setiausaha Agong DAP itu yang menjadi rakan dalam kerajaan Melaka.
3. Untuk makluman saudara Dr Muhammad Akmal, sebagai seorang Menteri Pengangkutan dan pemimpin utama dalam kerajaan, Anthony Loke memikul tanggungjawab besar untuk melaksanakan dasar-dasar penting serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.
4. Tugas seorang pemimpin, tidak kira pada peringkat rendah, tinggi apa sekalipun, adalah untuk menyatukan rakyat sekali gus memainkan isu perkauman dengan niat untuk memecahbelahkan kerajaan perpaduan dan menggugat kestabilan negara adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri sendiri.
5. Kestabilan politik dan sosial negara adalah elemen utama bagi memastikan keberkesanan usaha Kerajaan Madani dalam memulihkan ekonomi serta membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia.
6. Saya menyeru agar semua pihak, khususnya pemimpin muda, memberi fokus kepada agenda perpaduan nasional dan menghentikan permainan politik yang boleh merugikan rakyat serta negara.
7. Sebagai pemimpin muda seperti saudara Dr Muhammad Akmal, saya ingin menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau , Melaka ini, supaya lebih bersabar dan tidak melatah hanya kerana saudara Anthony Loke tidak memberikan perhatian kepadanya.