Perdana Menteri Anwar Ibrahim patut dipuji untuk lawatannya ke China, di mana dia telah berjaya meraih sejumlah RM170 billion komitmen pelaburan – jumlah terbesar yang pernah dicatatkan oleh seorang Perdana Menteri Malaysia.
Jumlah ini untuk 19 memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai di antara perniagaan-perniagaan di China dan Malaysia dalam pelbagai bidang, terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital.
China adalah negara yang kelapan yang dilawati Anwar sejak daripada pelantikannya sebagai Perdana Menteri kurang dari lima bulan yang lepas, dan tidak ada ragu-ragu lagi, negara yang paling berjaya dari segi komitmen pelaburan untuk Malaysia.
Tujuh negara lain yang telah dilawati Anwar adalah Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Turki, Arab Saudi, dan Kemboja!
Namun, apa yang membimbangkan adalah semboyan perang telah mula didengari dalam persaingan global di antara China dan Amerika Syarikat.
Akan menjadi satu bencana global sekiranya cubaan AS untuk menyekat China dari menjadi kuasa besar tunggal dunia berakhir dengan sebuah peperangan.
Malaysia dan negara-negara lain di dunia perlu pastikan perkara ini tidak terjadi, bahawa orang awam di AS perlu menerima yang China akan menjadi negara nombor satu di dunia kerana saiz dan dinamisme rakyatnya.
Tidak ada sesiapa pun yang mahu melihat persaingan China-AS berakhir dengan peperangan, kerana perkara ini tidak akan membawa manfaat kepada dunia, China, atau Amerika Syarikat.
Ada Diaspora China dengan seramai 50 juta orang dan Diaspora India dengan seramai 32 juta orang di seluruh dunia.
Kerajaan Malaysia yang mewakili masyarakat majmuk di Malaysia perlu memanfaatkan diaspora-diaspora ini untuk membantu menghalang konfrontasi China-Amerika Syarikat dari menjadi perang yang akan mengorbankan semua orang.