2,506 orang guru dilantik secara kontrak (Contract of Service) pada 10 Jun 2020.
Mereka sekarang masih mengikuti Kursus Dalam Cuti di IPG di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) semester terakhir.
Kesemua guru CoS ini sedang menjalani praktikum dan akan buat Bina Insan Guru pada 15 sehingga 27 Mei 2022. Keputusan semester terakhir dijangka diketahui pada Julai 2022.
Akan tetapi, tempoh kontrak mereka akan tamat pada 10 Jun 2022. Jika tiada surat lanjutan sebelum Jun, semua guru CoS tidak akan menerima gaji sejak 11 Jun sehingga surat lanjutan dikeluarkan. Ini akan menyukarkan guru-guru CoS yang sudah berkahwin dan berumah tangga.
KPM perlu jawab serta-merta, samada kontrak guru CoS akan dilanjutkan. Dan jika ya, bila surat lanjutan kontrak akan dikeluarkan? Amat penting supaya surat lanjutan kontrak dikeluarkan pada bulan Mei untuk mengelakkan kesukaran kepada 2,506 orang guru CoS.