Apa yang pelik dan luar biasa mengenai siaran langsung ulang tahun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kegagalan beliau untuk bertindak dengan nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengatakan darurat tidak menghalang persidangan Parlimen.
Pada 25 Februari, Yang di-Pertuan Agong telah mengatakan yang Parlimen boleh bersidang semasa darurat.
Perkara ini termaktub dalam peruntukan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog, dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
Mengapakah Perdana Menteri telah gagal untuk bertindak di atas nasihat ini?