Saya ingin berterima kasih kepada setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan, di atas pendapatnya, tetapi apa yang tidak disebutnya adalah lebih signifikan berbanding dengan apa yang dikatakannya.
Terutamanya apabila dia tidak menyatakan yang sama ada kumpulan ulama dalam PAS akan membenarkan golongan profesional seperti Ahli Parlimen Kemaman, Samsuri Mohtar, untuk memimpin parti dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Satu lagi perkara signifikan yang dia tidak sebuah adalah mengenai ketiadaan kenyataan darinya mengenai kegagalan Presiden PAS, Hadi Awang, untuk membuktikan tuduhan liar dan tidak masuk akalnya yang cuba mengatakan kononnya saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan menyebarkan Islamofobia walaupun dia sudah dicabar berkali-kali.
Adakah Takiyuddin bersetuju dengan Presiden PAS?
Satu lagi perkara signifikan yang Takiyuddin tidak sentuh adalah penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian yang disebarkan oleh Ahli Parlimen PAS Kepala Batas, Siti Mastura, yang mengatakan kononnya saya adalah sepupu kepada Perdana Menteri pertama Singapura, (menukar namanya kepada “Lim” Kuan Yew) dan setiausaha agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Apa yang Takiyuddin sedang lakukan sebagai setiausaha agung PAS untuk memastikan para pemimpin PAS, termasuklah presiden PAS, tidak menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian?
Apakah yang dilakukannya untuk memastikan para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak buta media seperti Siti Mastura?